HOME | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS)

,

.

.

.

KADAR CAJ PENEMPATAN LATIHAN KLINIKAL DARI IPTA/IPTS DI HOSPITAL PENGAJAR UPM KADAR CAJ PENEMPATAN ELEKTIF POSTING DARI IPTA/IPTS DI HOSPITAL PENGAJAR UPM
   

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI/ LATIHAN KLINIKAL/ LATIHAN SANGKUTAN (IPTA/IPTS)

1.   Semua permohonan hendaklah mengisi Borang Permohonan Menjalani Latihan di Hospital Pengajar UPM melalui pautan google form https://forms.gle/V8CMbn5j6SKNsvfx6 atau mengimbas kod QR yang disertakan. Sebarang permohonan yang tidak melalui google form tersebut tidak akan diproses
   
     
   

a) Bidang pengajian termasuk :

  • Pengimejan Bioperubatan
  • Perubatan Pemulihan
  • Makmal Diagnostik
  • Farmasi
  • Dietetik
  • Sains Sukan
  • Perubatan Psikologi
  • Kerja Sosial Perubatan
  • Genetik Perubatan
  • Fizik Perubatan
  • Kejururawatan
  • Penolong Pegawai Perubatan
  • Juruteknologi Makmal Perubatan
     
    b) Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.
     
    c) Sekiranya permohonan tidak melalui pihak kami,maka semua urusan berhubung dengan lapor diri pelajar,penyediaan pas sementara dan sebagainya adalah di bawah tanggungjawap jabatan terlibat.
     
    d) Permohonan hendaklah dibuat tidak kurang satu (1) bulan dari tarikh latihan.
     
    e) Tidak semua calon yang layak dan berjaya akan ditawarkan menjalani latihan kerana tertakluk kepada kekosongan dan bilangan tempat yang disediakan oleh jabatan/unit adalah terhad pada satu-satu masa.
     
    f) Pemohon berhak menolak tawaran tersebut sekiranya tidak berminat dengan penempatan yang ditawarkan.
     
2.   Segala keperluan dan peralatan bagi menjayakan latihan industri/praktikum adalah menggunakan kemudahan sedia ada di jabatan (tertakluk kepada ketua jabatan berkenaan). Jika terdapat tambahan peralatan yang diperlukan, maka kos peralatan tersebut perlu ditanggung oleh pelajar atau pihak organisasi berkenaan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawap di atas sebarang kos tambahan bagi membeli peralatan yang diperlukan.
     
3.   Untuk makluman, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) tidak menggunapakai pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(L)S.175/4/4-2 tentang bayaran elaun sebanyak RM5.00 sejam kepada pelajar IPT yang mengikuti latihan industri di Agensi Kerajaan. Dengan itu, pelajar yang menjalani latihan industri di HPUPM tidak akan diberi elaun sepanjang tempoh latihan mereka.
     
4.   

Urusan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lapor diri (sila rujuk kadar bayaran yang ditetapkan). Bayaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) dan bukti bayaran hendaklah diemel kepada najwa.simaa@upm.edu.my. Maklumat pembayaran bank seperti berikut:-

 

Bank               :           Bank Islam Malaysia Berhad

Nama Akaun  :           Hospital Pengajar UPM

No. Akaun      :           14014010156683

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Najwa Simaa di talian 03-9769 9035

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ELEKTIF POSTING (IPTA/IPTS)

1.

Semua permohonan hendaklah mengisi Borang Permohonan Menjalani Latihan di Hospital Pengajar UPM melalui pautan google form https://forms.gle/V8CMbn5j6SKNsvfx6 atau mengimbas kod QR yang disertakan. Sebarang permohonan yang tidak melalui google form tersebut tidak akan diproses.

 

2.

Pihak HPUPM menyediakan peraturan yang disemak dari semasa ke semasa bagi tujuan penempatan elektif. Secara amnya, semua permohonan disemak berdasarkan perkara-perkara berikut :-

 

a)  Surat rasmi daripada IPT

 

b)  Kesesuaian kursus dan bidang di HPUPM & Penempatan tidak melebihi tiga (3) bulan

 

c)  Kelulusan Pengarah HPUPM adalah tertakluk kepada kemampuan dan persetujuan Jabatan yang berkaitan. HPUPM berhak menolak permohonan demi kepentingan perkhidmatan.

3.

HPUPM berhak untuk membatalkan penempatan elektif pada bila-bila masa sekiranya tidak mematuhi peraturan / arahan yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

4.

HPUPM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan/kemalangan ataupun penyakit yang dijangkiti oleh pelajar/pelatih sepanjang tempoh penempatan.

5.

Semua maklumat pesakit dan data adalah sulit dan tidak boleh digunakan untuk sebarang tujuan tanpa kelulusan Universiti/HPUPM.

6.

Segala urusan kebajikan pelajar/ pelatih adalah di bawah tanggungjawab institusi latihan masing-masing.

7.

Caj bayaran ini dikenakan kepada pelatih atau pelajar tersebut bagi menampung antara lain penggunaan kemudahan hospital, tenaga kerja, peralatan, ruang, consumables dan sebagainya yang disediakan oleh HPUPM.

8.

Urusan bayaran perlu diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum tarikh lapor diri (sila rujuk kadar bayaran yang ditetapkan). Bayaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) dan bukti bayaran hendaklah diemel kepada najwa.simaa@upm.edu.my. Maklumat pembayaran bank seperti berikut:-

 

            Bank               :           Bank Islam Malaysia Berhad

            Nama Akaun   :           Hospital Pengajar UPM

            No. Akaun      :           14014010156683

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Pn. Najwa Simaa di talian 03-9769 9035

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

Carta Alir Permohonan Penempatan Pelajar Latihan Industri, Praktikum, Latihan Klinikal, Elektif Posting dan Sangkutan (IPTA IPTS)

article
'Eeiii...takut! Tingginya!'
Menurutnya, sebilangan besar kebimbangan mengenai ketinggian adalah perkara normal, terutama jika ketinggian itu luar biasa, ketara atau tidak stabil. Kebanyakan postulasi dibuat berpunca daripada kebimbangan semula jadi mengenai jatuh daripada tempat tinggi dan boleh menyebabkan kecederaan diri.
'Eeiii...takut! Tingginya!'
Episod duka bekas atlet karate-do
Episod duka bekas atlet karate-do
3 jenis kopi yang boleh hilangkan ketagihan. Ketahui juga baik, buruk minum minuman ini
3 jenis kopi yang boleh hilangkan ketagihan. Ketahui juga baik, buruk minum minuman ini
More Articles...
news
PROGRAM KRIS- Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023
PROGRAM KRIS- Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM (HSAAS UPM) dibawah Program KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) telah menyertai Karnival Kesihatan One Hope Charity Tahun 2023 anjuran One Hope Charity di PICCA Convention Centre, Butterworth Arena, Pulau Pinang yang telah berlangsung selama dua (2) hari pada 5 hingga 7 Mei 2023.
announcement

CLOSING DATE

16 Jun 2023

T10/2023/7511902/EP

TENDER UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERALATAN PEMBEDAHAN BAGI KES OTORINOLARINGOLOGI DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari https://www.tenderwizard.my/UPM

08 Jun 2023

T09/2023/14005/EP

TENDER BAGI PEROLEHAN PERKHIDMATAN PENCUCIAN LINEN DAN PEMBEKALAN LINEN DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR DARUL EHSAN BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN - Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari https://www.tenderwizard.my/UPM

05 Jun 2023

SHA027/2023/7511902/EP

SEBUTHARGA UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENTAULIAH PERALATAN PERUBATAN COOLING THERAPHY MACHINE, MODULE AEEG DAN MANIKIN CPR INFANT ADVANCED BESERTA AKSESORI DI NICU, JABATAN PEDIATRIK, HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari https://www.tenderwizard.my/UPM

05 Jun 2023

SHA028/2023/7511902/EP

SEBUTHARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PHACOEMULSIFICATION SET, EXTRA-CAPSULAR CATARACT EXTRACTION SET DAN HANDHELD VIDEO MAGNIFIER KE HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari https://www.tenderwizard.my/UPM

02 Jun 2023

SHA025/2023/14005/EP

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN SERANGGA (PEST CONTROL) DAN MAKLHLUK PEROSAK BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZI SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN - Lawatan Tapak : 25/5/2023 (10.00 Pagi) Tempat : Ruang Menunggu, Blok Kejuruteraan, HSAAS Pegawai Untuk Dihubungi Untuk Lawatan Tapak : Puan Fatin Farhana Muntasir (03-9769 9370 / 011-1113 665) - Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari https://www.tenderwizard.my/UPM

02 Jun 2023

SHA023/2023/14005/EP

SEBUTHARGA PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN - Lawatan Tapak : 24/5/2023 (10.00 Pagi) Tempat : Ruang Menunggu, Blok Kejuruteraan, HSAAS Pegawai Untuk Dihubungi Untuk Lawatan Tapak : Tuan Hj. Azmin Jauhari Bin Hj. Abas (03-9769 9730/012-337 1377) - Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari https://www.tenderwizard.my/UPM


FURTHER INFORMATION: http://etender.upm.edu.my

No job vacancy.


FURTHER INFORMATION: eJOBS

activities
follow us
insta.png
twitter.png
fb.png
youtube.png
WWFdHAv:07:47