HPUPM terletak di kawasan Putrajaya dan Cyberjaya yang mempunyai banyak bilangan hotel disekitar. Berikut adalah cadangan senarai hotel-hotel berhampiran sekiranya anda memrlukan tempat penginapan:
Kami mengalu-alukan “walk-in” untuk perkhidmatan di Klinik Perubatan Keluarga; walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membuat temujanji bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien. Bagi Klinik Pakar yang lain, surat rujukan diperlukan. Sila hubungi klinik berkenaan untuk mendapatkan temujanji terlebih dahulu atau layari laman web kami di www.hpupm.upm.edu.my
Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi kakitangan kebajikan sosial yang akan menasihati anda tentang pelbagai pilihan yang disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan (CMSSU) kami di talian 03-9763 9723
Waktu melawat pesakit adalah:
Isnin - Ahad & Cuti Umum:
5.00 pm - 7.00 pm
Kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit atas sebab-sebab kawalan infeksi dan keselamatan kesihatan kanak-kanak.
Untuk semua permintaan mengenai laporan perubatan, tuntutan insurans atau keputusan, sila lawati Unit Rekod Perubatan dan mengisi borang yang dipilih. Sila rujuk laman web hpupm.upm.edu.my untuk maklumat selanjut.
Hanya doktor sahaja yang boleh memberitahu pesakit tentang keputusan darah.
Untuk maklumat lanjut sila klik disini
Farmasi Pesakit Luar terletak di Tingkat Satu bangunan utama HPUPM
Waktu operasi seperti berikut:
Isnin – Jumaat : 8.00 am – 5.15 pm
Sabtu, Ahad & Cuti umum : Tutup
HPUPM adalah Hospital Mesra Bayi dan mementingkan penyusuan ibu. Bilik penyusuan berada disetiap tingkat di bangunan utama HPUPM.
Surau Utama terletak di tingkat satu bangunan utama HPUPM. Surau-surau kecil juga berada di setiap tingkat di bangunan utama hospital.
Kemaskini:: 12/10/2022 [amirahhani]
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA