![]() |
Jabatan Oftalmologi kini menawarkan servis general seperti pembedahan katarak menggunakan teknik phacoemulsification. pembedahan minor untuk pterygium dan pembuangan benjolan kecil mata. Perawatan glaukoma umum turut diberikan menggunakan Humphrey Visual Field Analyzer (HVF) dan Optical Coherence Tomography (OCT). Manakala laser pula dilakukan dengan menggunakan peralatan Laser Panretinal Photocoagulation (PRP), Nd:Yag Iridotomy and Capsulotomy.
Klinik kami juga memberikan perkhidmatan subkepakaran dalam bidang Retina Medikal yang merangkumi masalah perubatan retina seperti Diabetic Macular Oedema (bengkak saraf kerana komplikasi diabetes) dan Age Related Macular Degeneration (penyakit penuaan makula) dengan menggunakan alatan diagnostik seperti Optical Coherence Tomography with Angiography (OCTA), Fundus Flourecein Angiography (FFA) dan Fotografi Fundus. |
![]() |
|
Senarai perkhidmatan Klinik Optometri Perkhidmatan Klinik Optometri juga turut ditawarkan di Jabatan Oftalmologi HSAAS. Antara perkhidmatan Klinik Optometri yang ditawarkan adalah seperti berikut : Ambliopia atau mata malas terjadi apabila keadaan penglihatan kanak-kanak tidak berkembang secara normal di mana penglihatan kabur dan tidak dapat dibetulkan dengan kaca mata, kanta sentuh atau pembedahan. Oleh itu, pemeriksaan mata seawal 6 bulan adalah penting untuk mengesan dan merawat ambliopia. Klinik Penglihatan Binokular turut ditawarkan kepada individu yang mengalami ketegangan mata (eye strain), penglihatan berganda (double vision) dan juling. Terapi atau kanta prisma yang bersesuaian akan dipreskripsi jika perlu. |
|
ii) Klinik Kanta Sentuh Pemeriksaan yang menyeluruh sebelum pemakaian kanta sentuh adalah penting bagi menilai kesihatan mata dan saiz kanta sentuh yang bersesuaian dengan mata setiap individu. Antara perkhidmatan kanta sentuh yang ditawarkan adalah kanta sentuh lembut, kanta sentuh keras (RGP) dan Orthokeratologi (Ortho-K). Kanta sentuh keras atau juga dikenali sebagai Rigid Gas Permeable (RGP) ialah sejenis kanta sentuh yang lebih sihat. Ini kerana saiz yang lebih kecil dan diperbuat daripada material yang membenarkan kadar oksigen yang tinggi masuk ke kornea. Ini dapat mengurangkan gejala mata kering dan mengurangkan risiko jangkitan mata. Orthokeratologi (Ortho-K) adalah sejenis kanta sentuh keras yang terbukti dapat mengawal peningkatan rabun jauh dalam kalangan kanak-kanak yang dipakai pada waktu tidur sahaja. Ortho-K juga boleh dipakai oleh golongan dewasa sebagai alternatif kepada pemakaian kaca mata. |
![]() |
|
iii) Klinik Penglihatan Terhad Klinik Penglihatan Terhad menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata yang komprehensif kepada pesakit penglihatan terhad. Alat bantuan penglihatan terhad seperti kanta pembesar, teleskop dan lain-lain juga turut ditawarkan. Pesakit juga akan dirujuk kepada pihak lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Sekolah Penglihatan Terhad jika perlu. |
![]() |
Kemaskini:: 06/04/2023 [khairun]

Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA