Perkhidmatan Profesional | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA hsaas
» JABATAN » JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI » Perkhidmatan Profesional

Perkhidmatan Profesional

Perkhidmatan yang disediakan:

Pelanggan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) terdiri daripada:

i) Pesakit Dalam Kes-kes di wad yang masuk melalui OGAC, Klinik Pakar O&G dan EPAU.

ii) Pesakit Luar Kes-kes yang dirujuk Klinik Pesakit Luar, Hospital Daerah, Klinik Kesihatan dan Klinik Swasta serta kes-kes wad yang datang untuk rawatan susulan.

 

Skop perkhidmatan di Jabatan O&G boleh dibahagikan kepada :

1) Aktiviti Penyaringan. Contohnya: Penyaringan sitologi servik, penyaringan infektif bagi prosedur reproduktif dan penyaringan kesihatan Wanita.

2) Aktiviti Diagnosa. Merangkumi pemeriksaan klinikal dibantu oleh pemeriksaan makmal (contoh: darah, urin dan cairan badan yang lain), pengimejan (contoh: ultrasound) dan prosedur spesifik yang berkaitan (contoh: kolposkopi, pemeriksaan urodinamik, laparoskopik diagnostik dan lain-lain).

3) Aktiviti Perawatan. Merangkumi perawatan Obstetrik dan perawatan Ginekologi seperti berikut:

  •  Perawatan antenatal
  •  Perawatan feto-maternal
  •  Perawatan `intrapartum`
  •  Pembedahan `caesarean` kecemasan dan elektif
  •  Perawatan postnatal dan immunisasi awal
  •  Perawatan menopos
  •  'Bereavement counseling`
  •  Perawatan EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit)
  •  Perawatan pembedahan gynekologi laparoscopik dan robotik
  •  Perawatan ginekologi am
  •  Perawatan fertility dan reproduktif
  •  Perawatan gine-onkologi
  •  Perawatan uro-ginekolog
  •  Sokongan penyusuan ibu

4) Aktiviti Pencegahan

  •  Klinik pra kehamilan
  •  Klinik perancangan keluarga
  •  Pemberian pil hematinik dan asid folik kepada ibu mengandung

 

5) Dewan Bersalin

 Beroperasi 24 jam sehari. Terdapat 10 bilik yang lengkap dengan kemudahan yang terkini.

 Pembedahan dijalankan secara pembedahan elektif pesakit dalam dan pembedahan elektif jagaan harian.

 Pembedahan kecemasan Obstetrik dan Ginekologi dijalankan bila-bila masa dan keutamaan adalah mengikut keterukan kes.

6) Unit Perawatan Reproduktif

• Mula beroperasi sejak Disember 2019 di Klinik Pakar Ginekologi dan Oktober 2021 di Putra Fertility Centre.

• Perkhidmatan yang disediakan di unit ini bagi permulaan operasi adalah Intra-uterine insemination (IUI) dan Ujian `seminal fluid analysis`

 

  Waktu Operasi  
       
  Hari : Isnin hingga Khamis
  Masa    
  Pagi : 8.00 pagi - 12.30 petang
  Petang : 2.00 petang - 4.30 petang
       
  Hari : Jumaat
  Masa    
  Pagi : 8.00 pagi - 12.00 petang
  Petang : 2.45 petang – 4.00 petang
       
  Tel. No.  : 03- 97699394 / 9410
  Email : ong_hpupm@upm.edu.my
  Lokasi : Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Level 2, HPUPM
       
       

 

Kemaskini:: 16/03/2022 [amirahhani]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (07:14:16am-07:19:16am, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]