TERAPKAN EMPATI DALAM DIRI UNTUK LEBIH MEMAHAMI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTICLE » TERAPKAN EMPATI DALAM DIRI UNTUK LEBIH MEMAHAMI

TERAPKAN EMPATI DALAM DIRI UNTUK LEBIH MEMAHAMI

USAHA untuk memerangi stigma dan diskriminasi perlu dilakukan secara berterusan dan melibatkan pelbagai pihak bagi menerapkan nilai empati dan sokongan emosi kepada PLHIV.

Walaupun terdapat kemajuan dalam mengurangkan stigma dan diskriminasi berkaitan HIV melalui advokasi dan pendidikan, masih ada lagi yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan persekitaran lebih inklusif dan menyokong bagi penghidap HIV.


Menurut Pegawai Psikologi. Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Norezzati Md Hanafiah, kehidupan sebagai PLHIV boleh memberi pelbagai cabaran psikologi kepada individu terutama untuk hidup dengan virus HIV itu sendiri.


"Apabila meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh PLHIV. sedarilah bahawa walau betapa berat bagi kita sebagai orang luar atau kenalan untuk menerima. lebih berat bagi PLHIV itu sendiri untuk rasa diterima oleh diri sendiri dan komuniti.


"Oleh demikian, keperluan menyediakan perkhidmatan sokongan holistik termasuklah akses kepada penjagaan kesihatan mental lebih komprehensif kepada PLHIV, kumpulan sokongan rakan sebaya dan inisiatif-inisiatif kesedaran harus dilaksanakan secara menyeluruh untuk mengurangkan stigma terhadap mereka." katanya kepada K2.


Tambahnya, terdapat pelbagai langkah boleh dilaksanakan terutama menerusi advokasi, pendidikan dan sokongan emosi.


"Terapkan juga sifat empati dalam diri agar kita lebih memahami PLHIV. Beri sokongan emosi dan galakkan perbualan secara terbuka agar kita dapat beri ruang yang selamat kepada PLHIV untuk berbincang dan berkongsi.

"Jika ada kenalan atau ahli keluarga yang menghidap HIV, beri galakan kepada mereka untuk dapatkan rawatan secara berkala dan ambil ubat-ubatan mengikut ketetapan sewajarnya," katanya.

 

Disediakan Oleh:

NOREZZATI BINTI MD HANAFIAH

UNIT KAUNSELING DAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

Date of Input: 14/06/2024 | Updated: 18/09/2025 | zulaikhazaharudin

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (09:14:32pm-09:19:32pm, 13 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]