Randomisation Consultation Services | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» PENYELIDIKAN » Perkhidmatan disediakan oleh CRU » Randomisation Consultation Services

Randomisation Consultation Services

Borang Tempahan Konsultasi Penyelidikan 'Randomisation Consultation Services'

Perawakan Dalam Penyelidikan Klinikal :

Perawakan merupakan satu prosedur dalam kajian eksperimen yang bertujuan untuk membahagikan peserta kepada beberapa jenis intervensi yang berbeza sebelum penyelidikan klinikal bermula. Perawakan memastikan bahawa setiap subjek mempunyai peluang yang sama untuk menerima mana-mana intervensi dalam kajian.

Prosedur ini menghasilkan kumpulan-kumpulan kajian yang setanding dari segi risiko yang diketahui dan risiko tidak diketahui, menghapuskan "investigator bias" dalam proses peruntukan peserta (juga dikenali sebagai "allocation concealment"), mengurangkan kebolehubahan penilaian, membolehkan penilaian intervensi yang tidak ada "bias" dan memastikan kaedah statistik mempunyai kadar "false positive" yang sah.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Salwana Ahmad : 

salwana.ahmad@upm.edu.my | 03-9769 9763

 

Kemaskini:: 19/03/2024 [intanbasirah]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
W, (12:29:17am-12:34:17am, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]