Patent Search For Grants Application | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» PENYELIDIKAN » Perkhidmatan disediakan oleh CRU » Patent Search For Grants Application

Patent Search For Grants Application

Borang Tempahan Konsultasi Penyelidikan 'Patent Search for Grants Application'

Carian Paten untuk Tujuan Permohonan Geran :

Carian paten, atau dikenali sebagai "patentability search", merupakan satu proses pencarian paten yang sedia ada dan dokumen-dokumen umum ("prior art") untuk mengenalpasti item-item sedia ada yang paling hampir dengan hasil ciptaan anda.

"Prior art" adalah sebarang hasil teknologi atau alat yang dicipta sebelum ini untuk kegunaan am. Ia termasuk paten terdahulu, artikel jurnal, penerbitan (termasuk buku data dan katalog), kesemua rekod dalam bidang teknologi dan perbincangan awam di dunia ini.

Dokumen paten merupakan sumber yang mengandungi maklumat teknikal, hal ehwal undang-undang dan maklumat perniagaan. Ia juga adalah sumber yang penting untuk semua penyelidik dan pencipta, usahawan, perusaha komersial, dan ahli paten yang profesional. Ia juga membentangkan maklumat yang belum diterbitkan dalam jurnal saintifik atau persidangan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn. Nurfaizah Saibul : 

nurfaizah@upm.edu.my | 03-9769 9763

 

Kemaskini:: 19/03/2024 [intanbasirah]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDcRAr~