Memilih jurnal yang sesuai adalah langkah pertama untuk meningkatkan peluang artikel anda diterima. Bahagian ini akan membantu anda mengenalpasti jurnal yang sesuai melalui 6 kaedah seperti berikut. Kaedah 2: Mengenalpasti sama ada jurnal yang anda sering baca adalah sesuai untuk artikel anda. Kaedah 3: Tanya rakan sekerja atau penyelia anda untuk cadangan. Kaedah 4: Semak senarai rujukan dalam artikel-artikel yang berkaitan untuk mendapatkan idea. Kaedah 5: Cuba alat pencari journal atas talian (contohnya: Clarivate Manuscript Matcher, Elservier Journal Finder, IEEE Publication Recommender, dan Journal/Author Name Estimator). Clarivate Manuscript Matcher Elsevier Journal Finder IEEE Publication Recommender Journal/Author Name Estimator (JANE) https://jane.biosemantics.org/ Kaedah 6: Jika anda tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk tujuan penerbitan artikel, satu langkah tambahan adalah untuk mengenalpasti jurnal-jurnal yang memerlukan Caj Pemprosesan Artikel (APC) dan jurnal-jurnal yang tidak memerlukan APC. Bagi tujuan ini, CRU mencipta satu senarai jurnal (diindeks dalam Web of Science) yang memerlukan APC dan tidak memerlukan APC (pautan: shorturl.at/joBOZ). |
Kemaskini:: 21/12/2022 [faridzatul]
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA