Prospektif RA | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» PENYELIDIKAN » Sumber Rujukan Penyelidikan » Prospektif RA

Prospektif RA

KUMPULAN PEMBANTU PENYELIDIKAN

https://forms.gle/2dwvi8Pg1KFPQbXE6

 

Terima kasih diucapkan atas kesudian mengambil bahagian dalam initiatif Unit Penyelidikan Klinikal (CRU) HPUPM. Di sini, kami menghasilkan ahli akademik dan pakar melalui kualiti penyelidikan tinggi yang disanjungi oleh integriti penyelidikan yang paling tinggi. Anda berpeluang untuk menyertai dan mengalami budaya penyelidikan dengan menjadi salah seorang anggota projek penyelidikan di HPUPM (dan UPM).

 

Initiatif ini diharap dapat membantu sesiapa yang berbakat untuk ditawarkan peluang berkerjasama dengan pasukan penyelidikan di HPUPM (dan UPM) yang memerlukan khidmat bantuan penyelidikan dalam bidang penyelidikan klinikal merangkumi pelbagai bidang klinkal dan bioperubatan. Bagi memastikan Pembantu Penyelidik yang dipilih bersesuaian dengan bidang penyelidikan klinikal yang dijalankan, pihak kami memohon anda untuk memberikan maklumat diri dengan betul. Butiran anda hanya akan dikongsikan dengan pasukan-pasukan penyelidikan di HPUPM (dan UPM) yang mempunyai dana projek dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Pihak kami amat menghargai sekiranya anda dapat memberi makluman terkini status pekerjaan anda dari semasa ke semasa melalui talian 03-9769 9763 ataupun emel ke cru_hpupm@upm.edu.my.

 

Senarai Enumerator

https://forms.gle/79QQc37JWt57VELX7 

 

Inisiatif ini diharapkan dapat membantu pasukan penyelidik di HPUPM (dan UPM) yang memerlukan khidmat bantuan penyelidikan dalam bidang penyelidikan klinikal merangkumi pelbagai bidang klinkal dan bioperubatan. Untuk membuat pemilihan tersebut, kami meminta anda memberikan maklumat diri dengan betul. Butiran anda hanya akan dikongsikan dengan staf UPM dan pasukan penyelidikan yang mempunyai dana projek dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

 

Pihak kami amat menghargai sekiranya anda dapat memberi makluman terkini status orang yang anda hubungi dari semasa ke semasa melalui talian  03-9769 9763 atau e-mel ke cru_hpupm@upm.edu.my.

 

 

Kemaskini:: 16/08/2021 [faridzatul]

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdEA0~