Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) Dengan Kerjasama AEON Taman Equine | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dengan Kerjasama AEON Taman Equine

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dengan Kerjasama AEON Taman Equine

🤱🏻🤱🏻 Tema sambutan pada tahun ini adalah “Enabling Breastfeeding - Making a Difference for working parents”, dimana sambutan kali ini memfokuskan penyusuan bayi kepada ibu bapa yang berkerjaya.


 


Hadir merasmikan majlis sambutan bersama Dr. Zurina Zainudin ialah Prof. Dr. Syafinaz Binti Amin Nordin selaku Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) HSAAS, Puan Azliz Binti Mohamed Ali, Pengurus Pusat Membeli-belah Aeon Equine Mall serta kakitangan Hospital HSAAS.

 



Dalam majlis itu, perkongsian mengenai kejayaan menyusukan anak bagi ibu yang bekerja secara eksklusif telah disampaikan sendiri oleh Dr. Zurina Zainudin menceritakan mengenai wanita berkerjaya pada masa ini menghadapi cabaran menyusukan bayi ketika berada di tempat kerja yang memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya daripada majikan dan rakan sekerja.

 

Jumlah kehadiran pengunjung adalah seramai 186 orang . Program sambutan juga turut menarik perhatian pengunjung dengan beberapa aktiviti menarik seperti Pertandingan Mewarna yang telah disertai oleh 21 orang kanak-kanak, Pertandingan 'Eh, Comelnya Anak Ayah' disertai oleh tiga (3) orang bapa bersama bayi yang berusia dalam lingkungan 3 hingga 5 bulan. Aktiviti lain seperti, Kuiz Penyusuan Susu Ibu, Ceramah Penyusuan Susu Ibu bagi Ibubapa yang berkerjaya, Booth pameran dan Demo masakan bagi ibu yang menyusukan anak.

 

 

 

 

Oleh itu, semua pihak perlu memberi sokongan kepada ibu bekerjaya untuk membolehkan wanita bekerjaya menyusukan bayi dengan sempurna.

 

#WABA

#waba2023

 

Date of Input: 07/08/2023 | Updated: 07/08/2023 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcVAj~