MENGENAI KAMI | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

» MENGENAI KAMI

MENGENAI KAMI

Ditubuhkan pada 2019, HSAAS yang sebelum ini dikenali sebagai Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafudin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 28 Februari 2023 dan kini dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). HSAAS berkeluasan 38.4 hektar dengan kapasiti 400 katil, 17 wad dan mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti 2000 tempat letak kereta, beberapa bilik menunggu, ruangan keagamaan, kawasan riadah pesakit, bilik rawatan tahanan, sembilan kedai runcit, kafeteria dan taman permainan untuk kemudahan pesakit.


HSAAS berfungsi sebagai hospital pengajar untuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan terus komited dan berdedikasi dalam melatih golongan profesional kesihatan, disamping meneruskan penyelidikan dalam perkhidmatan perubatan diagnostik dan pelbagai rawatan yang canggih. HSAAS menyediakan perkhidmatan pesakit luar yang terdiri dari pelbagai kepakaran dan sub-kepakaran, perkhidmatan penjagaan harian termasuk perkhidmatan endoskopik, Pusat IVF, Pengimejan dan Kemudahan Nuklear serta perkhidmatan makmal patologi dan mikrobiologi.


Selain itu, HSAAS juga berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Klinikal yang menawarkan khidmat rawatan lanjut, penyelidikan dan pendidikan 4 bidang nic utama yang iaitu;

  • Regional Emergency Stroke Quick Response RESQ
  • Prostate Care Center
  • Advanced Geriatrik Care AGILE
  • Putra Zoonotik


HSAAS menyediakan pelbagai platfom untuk penyelidikan dan pembangunan kepada pelbagai bidang penjagaan kesihatan profesional dan sentiasa berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam bidang perubatan dengan memupuk budaya kerjasama tanpa mengira sempadan.

 

 

Pelan Strategik HPUPM 2021-2025 yang dibangunkan ini juga, berteraskan visi dan misi HPUPM,...selanjutnya...
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam...selanjutnya...
                LAPORAN PIAGAM PELANGGAN...selanjutnya...
HSAAS juga berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Klinikal yang menawarkan khidmat rawatan lanjut,...selanjutnya...
          LAPORAN TAHUNAN...selanjutnya...
        Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) ditubuhkan untuk...selanjutnya...
SXETSA4~