SAMBUTAN BAYI MERDEKA DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » SAMBUTAN BAYI MERDEKA DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH 2023

SAMBUTAN BAYI MERDEKA DI HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH 2023

 

HSAAS UPM, 1 September 2023– Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023 pada 31 Ogos, telah diserikan lagi dengan Sambutan Kelahiran 'Bayi Merdeka' di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah. Sambutan ini merupakan satu inisiatif Jabatan Obstetrik dan Ginekologi yang diadakan pada setiap tahun.

Sambutan 'Bayi Merdeka' ini telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Hj. Hamidon bin Hj. Basri, Pengarah HSAAS UPM, bersama Prof. Dr. Habibah binti Abd Hamid, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi bersama warga kerja jabatan.

 

Seramai lima (5) orang 'Bayi Merdeka' telah diraikan terdiri daripada tiga (3) orang bayi lelaki dan dua (2) orang bayi perempuan yang masing-masing dilahirkan secara normal.

 

 

'Bayi Merdeka' yang pertama dilahirkan merupakan cahaya mata kedua kepada pasangan Puan Martini Bt Ahamad Asbani bersama suami, Encik Wan Mohd Ikram Bin Wan Mohd Ikbal pada jam 4.26 pagi ketika negara meraikan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-66.

Tahniah di ucapkan kepada pasangan atas kelahiran Cahaya mata di HSAAS

  1. Puan Martini Bt Ahamad Asbani bersama suami, Encik Wan Mohd Ikram Bin Wan Mohd Ikbal
  2. Puan Aida Suraya Bt Suhaimi bersama suami Encik Hafizi bin Mohd Yunus
  3. Puan Nor Farahin Kamilah Bt Ramzi bersama suami Encik Ahmad Nublin Fahmi
  4. Puan Nor Amira Haziqah Bt Mohd Yosliza Bersama suami Encik Muhammad Affandi
  5. Puan Ainun Bt Idris Bersama suami Encik Wan Afindy Wan Jusoh                                        

Di kesempatan ini pihak pengurusan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kelahiran 'Bayi Merdeka' dan ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-66

 

Date of Input: 01/09/2023 | Updated: 01/09/2023 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcAAQ~