03 Feb 2024 - Telah berlangsung Program Hari Komuniti Jalan Pinggiran Putra 4A Desa Pinggiran Putra anjuran Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, HSAAS yang diadakan di Perkarangan Surau Al-Mukhlisin dan pesekitaran Jalan Pinggiran Putra 4A, Desa Pinggiran Putra.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Jamil Bin Salleh, ADUN Selangor serta beberapa orang tetamu daripada barisan pentadbiran HSAAS yang terdiri daripada Pn Fairuz binti Muchtar (Timbalan Pendaftar HSAAS), Tuan Sharman Bin Yeop Ismail (Ketua Unit Keselamatan HSAAS) dan En. Abdul Aziz bin Ambak (Pengerusi Penduduk Jalan Pinggiran Putra 4a, Desa Pinggiran Putra).
Antara aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program berlangsung adalah Saringan Kesihatan ke atas penduduk setempat dan Demonstrasi CPR oleh wakil daripada urusetia Program. Sejumlah 120 orang penerima manfaat telah menerima manfaat daripada saringan kesihatan yang telah dijalankan.
(Barisan sukarelawan Program Hari Komuniti)
Date of Input: 15/02/2024 | Updated: 19/02/2024 | zulaikhazaharudin