SERDANG, SELANGOR, 01 November 2023 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah dijemput melaksanakan Program KPT Prihatin Madani sempena Karnival Komuniti Sedekad di Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Purtra Malaysia.
HSAAS telah melaksanakan aktiviti Saringan Kesihatan seperti berikut;
1. Pemeriksaan Paras Glukos dalam Darah
2. Pemeriksaan Tekanan Darah
3. Indeks Jisim Badan (BMI)
Saringan Kesihatan
Seramai 9 orang kakitangan Hospital terlibat dalam program ini melibatkan staf Sokongan Klinikal dan Pelaksana. Sejumlah 112 orang telah menerima manfaat dari pemeriksaan kesihatan yang dijalankan.
Pihak HSAAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur kerana menjemput hospital dalam memberi perkhidmatan kesihatan.
Date of Input: 03/11/2023 | Updated: 03/11/2023 | khairun