PROGRAM KOMUNITI KANAK-KANAK: DISCOVER THE TALENT, WORLD DISABILITY DAY: A WORLD WITHOUT BARRIER 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PROGRAM KOMUNITI KANAK-KANAK: DISCOVER THE TALENT, WORLD DISABILITY DAY: A WORLD WITHOUT BARRIER 2023

PROGRAM KOMUNITI KANAK-KANAK: DISCOVER THE TALENT, WORLD DISABILITY DAY: A WORLD WITHOUT BARRIER 2023

Perasmian oleh YBhg. Dr. Chan Soak Fong

 

SERDANG, 2 Disember – Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Komuniti) Jabatan Kebajikan Masyarakat, YBhg. Dr. Chan Soak Fong telah hadir memeriahkan Program Komuniti Kanak - Kanak: Discover The Talent, World Disability Day: A World Without Barrier 2023 yang diadakan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM. Turut hadir Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) HSAAS, YBhg. Prof. Dr. Syafinaz binti Amin Nordin.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Perubatan Rehabilitasi HSAAS dengan kerjasama Hospital Rehabilitasi Daehan Putrajaya. Program ini telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 46 orang peserta bersama ibubapa dan penjaga mereka. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Pertunjukan Peragaan Fesyen, Pertandingan Seni Kraftangan dan Cabutan Bertuah. Program yang julung kalinya diadakan ini mendapat maklum balas yang positif daripada ibubapa dan penjaga. Mereka berharap program setanding ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Aktiviti - aktiviti yang dijalankan

 

Sesi Fotografi

Date of Input: 08/12/2023 | Updated: 08/12/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcTA4~