LAWATAN THE ANGELS INITIATIVE DAN PERSATUAN STROK SEDUNIA (WSO) KE HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » LAWATAN THE ANGELS INITIATIVE DAN PERSATUAN STROK SEDUNIA (WSO) KE HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS)

LAWATAN THE ANGELS INITIATIVE DAN PERSATUAN STROK SEDUNIA (WSO) KE HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS)

 

 
HSAAS – 26 Februari 2024 menandakan detik bersejarah di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) apabila kami membuka pintu kepada delegasi yang dihormati dari Pertubuhan Stroke Sedunia (World Stroke Organisation) dan The Angels Initiative. Persatuan Strok Sedunia diwakili oleh Presiden persatuan iaitu Professor Dr Jeyaraj Pandian dan wakil dari industri Miss Sylia Kang dan Ms Belen Garcia Valazquez. Termasuk juga, delegasi dari Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Korea Selatan dan Indonesia, sejumlah 26 tetamu kehormat. Pengarah HSAAS iaitu Prof.Dr. Hj. Hamidon Bin Basri telah merasmikan lawatan ini. Dengan bimbingan beliau, pentas telah ditetapkan untuk simfoni pertukaran ilmu pengetahuan demi memantapkan lagi kualiti pengurusan penyakit strok.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membincangkan dan mengenalpasti jurang dalam penjagaan strok akut serta membangunkan strategi untuk sasaran penjagaan strok diperingkat kebangsaan. Persatuan Strok Sedunia berpendapat bahawa lawatan hospital ke hospital akan memberi ahli jawatankuasa lebih banyak pandangan tentang pengurusan berkualiti yang baik bagi penyakit strok.

Oleh itu, terdapat 4 pakar di HSAAS mengambil kesempatan untuk menyampaikan keunikan bagaimana cara HSAAS menguruskan pesakit strok. Antaranya ialah Prof. Dr. Ahmad Sobri Bin Muda Ketua Neurointervensi, Dr Iskasymar Bin Itam @ Ismail Pakar Perubatan Kecemasan, Prof. Madya.Dr. Abdul Hanif Khan Bin Yusof Khan Pakar Neurologi dan Dr Izwan Zuhrin Bin Abdul Malek Pakar Perubatan Rehabilitasi masing-masing.

 

 

 
Di kesempatan ini, kesemua delegasi di bawa melawat HSAAS bermula dengan Unit RESQ, antara keunikan yang terdapat di RESQ ialah Klinik Bergerak HSAAS yang digunakan untuk program komuniti. Seterusnya di Jabatan Radiologi Prof. Dr. Sobri membuat liputan secara langsung bagaimana Prosedur Thrombectomy di jalankan. Lawatan delegasi Persatuan Strok Sedunia di bawa ke Jabatan Rehabilitasi bagi menunjukkan kelebihan fasiliti rehabilitasi yang membantu pesakit strok untuk pulih. Antara bilik yang dilawat ialah Bilik NeuroRehab Pemulihan Cara kerja, Bilik Unit Perubatan Rehabilitasi (Alat Neuromodulation, Gait analysis, barang2 unit pertuturan), Adult Gym (NeuroRehab Fisioterapi) untuk robotic rehab Cyberdyne dan Driving simulator. Alatan yang digunakan untuk pemulihan pesakit strok ini merupakan alatan yang pertama terdapat di Malaysia. Lawatan bergerak ke Pusat Rawatan Strok di Wad Perubatan 1, Keunikan yang terdapat di Pusat Rawatan Strok ini ialah Strok Telemetry Monitoring.

Diharap dengan lawatan ini dapat menempa masa depan di mana strok bukan sahaja dirawat tetapi dicegah, di mana setiap individu perlu menerima penjagaan dan sokongan yang sewajarnya.

 

 

Disediakan Oleh:

Siti Hajjar Binti Zakaria 

Juruteknologi Makmal Perubatan 

Date of Input: 29/02/2024 | Updated: 29/02/2024 | zulaikhazaharudin

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcEAK~