CLEAN HOSPITAL DAY AND HAND HYGIENE AWARFENESS 2023
HSAAS UPM, 8 November - Unit Kawalan Jangkitan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah menganjurkan sambutan ‘Clean Hospital Day & Hand Hygiene Awareness 2023’ bertempat di Mini Theater HSAAS. Tema sambutan ‘Hand Hygiene’ sedunia pada tahun ini adalah ‘Accelerate Action Together, SAVE LIVES – Clean Your Hands’. Program ini disambut pada tanggal 5 Mei setiap tahun sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap ‘Hand Hygiene’ dalam penjagaan kesihatan.
Perasmian Program
Sambutan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dr. Nor Farah Bakhtiar, Timbalan Presiden Malaysian Society of Infection Control & Infectious Disease. Turut bersama YBhg. Prof. Dr. Hj. Hamidon Hj. Basri, Pengarah HSAAS dan YM Tengku Dr. Zetty Maztura, Ketua Unit Kawalan Jangkitan HSAAS merangkap pengarah program.
Persembahan Koir
Bagi menyemarakkan sambutan, sebuah lagu berjudul Anugerah Istimewa buat julung kali diperdengarkan kepada tetamu yang hadir. Ianya adalah hasil karya sepenuhnya Dr Ahmad Faudzi Bin Musib dan telah dinyanyikan oleh Puteri Saiditina Assyifa.
Speaker Jemputan
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini berlangsung termasuklah ceramah pendidikan, kuiz permainan, dan sesi soal jawab bersama peserta. Program ini juga turut disertai oleh beberapa hospital yang lain. Antaranya Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya dan lain-lain.
Date of Input: 09/11/2023 | Updated: 10/11/2023 | khairun
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA