BENGKEL TRAINING ON WHOLE GENOME SEQUENCING (WGS) FOR ONE HEALTH WORKFORCE IN MALAYSIA AND VIETNAM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » BENGKEL TRAINING ON WHOLE GENOME SEQUENCING (WGS) FOR ONE HEALTH WORKFORCE IN MALAYSIA AND VIETNAM

BENGKEL TRAINING ON WHOLE GENOME SEQUENCING (WGS) FOR ONE HEALTH WORKFORCE IN MALAYSIA AND VIETNAM

 

HSAAS, 27 November - Program Training on Whole Genome Sequencing (WGS) For One Health Workforce in Malaysia and Vietnam yang dianjurkan oleh Jabatan Mikrobiologi, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Bin Sekawi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Putra Malaysia. Turut bersama, YBhg. Prof. Dr. Hj. Hamidon Bin Hj. Basri, Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan Prof. Dr. Syafinaz Binti Amin Nordin, selaku pengarah program. Bengkel ini telah berjalan dengan jayanya dengan melibatkan seramai 21 orang yang terdiri daripada 13 orang peserta dari Malaysia merangkumi peserta daripada Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM, Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Institut Penyelidikan Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa, dan Manipal International University dan 8 orang peserta dari Vietnam, iaitu dari Van Lang University dan Pasteur Institute. Peserta ini adalah tenaga kerja dan pelajar One Health, daripada pelbagai disiplin, antaranya berkaitan kesihatan manusia, haiwan, serta keselamatan makanan dan persekitaran.

 

Perasmian oleh YBhg. Prof. Dr. Zamberi Bin Sekawi

 

Program yang dianjurkan ini melibatkan pakar dan tenaga kerja One Health seperti YBhg. Prof Dr. David Perera, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr. Nor Zahrin Hasran, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Dr. Faizal Ghazali, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Yu Choo Yee daripada Insitut Biosains, UPM dan Dr. Tham Jen Sern daripada Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Pihak jawatankuasa juga sangat berbesar hati dengan kehadiran Dr. Tai The Diep daripada Pasteur Institut di Ho Chi Minh City Vietnam.

 

Program ini bertujuan untuk melaksanakan latihan hands-on yang akan melengkapkan tenaga kerja One Health dan pelajar pasca siswazah dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan jujukan genomik bakteria dan menggunakan data secara berkesan dalam pembangunan dasar untuk menangani Anti-Microbial Resistance (AMR). Ini selari dengan hasrat murni Southeast Asia One Health University Network (SEAOHUN) selaku peneraju rangkaian universiti serantau yang terkemuka untuk bekerjasama mengukuhkan kapasiti tenaga kerja One Health dan membina kumpulan profesional One Health dengan kemahiran dan pemikiran yang kritis dan kreatif untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap sebarang ancaman penyakit berjangkit.

 

Bengkel ini mendapat peruntukan daripada Southeast Asia One Health University Network melalui SEAHOUN One Health Research and Training Awards 2023 sebanyak RM137,000.00 (29655 USD). Penganjuran bengkel ini dilihat mencapai objektif untuk mengukuhkan kapasiti tenaga kerja One Health dan membina kumpulan profesional One Health dengan kemahiran dan pemikiran yang kritis dan kreatif untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas terhadap sebarang ancaman penyakit berjangkit.

Date of Input: 07/12/2023 | Updated: 08/12/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcEAh~