COMMUNITY HEALTH DEPARTMENT | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» DEPARTMENTS » COMMUNITY HEALTH DEPARTMENT

COMMUNITY HEALTH DEPARTMENT

Seksyen Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti HSAAS berperanan dalam merancang, menyelaras, melaksanakan dan memantau perkhidmatan kesihatan awam meliputi epidemiologi dan kawalan penyakit, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesihatan persekitaran serta promosi kesihatan dan sumber pendidikan klinikal dan kanser. Selain itu, seksyen ini turut bertanggungjawab dalam mencegah dan mengawal isu-isu berkaitan kesihatan awam di HSAAS serta memberikan khidmat nasihat, perundingan teknikal serta kepakaran dalam pelbagai aspek perkhidmatan kesihatan awam.

Seksyen ini memainkan peranan penting dalam menguatkuasakan akta dan peraturan berkaitan kesihatan awam serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi memastikan pematuhan terhadap standard yang ditetapkan meliputi Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2025, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Makanan 1983, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984.

Seksyen Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti terdiri daripada 4 unit iaitu:


Unit Epidemiologi & Kawalan Penyakit

  • Melaksanakan pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit
  • Memantau dan memastikan notifikasi penyakit berjangkit dimaklumkan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Melakukan penilaian risiko bagi kes penyakit berjangkit
  • Pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor termasuk penghapusan tempat pembiakan nyamuk Aedes
  • Kawalan LILATIN
  • Pemantauan dan pelepasan mayat berkaitan penyakit berjangkit (HIV)

 

Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

  • Konsultasi dan pemeriksaan kesihatan berkaitan penyakit dan kecederaan pekerjaan di Klinik Perubatan Pekerjaan (OMC)
  • Melaksanakan survelan dan pemeriksaan kesihatan di tempat kerja
  • Survelan perubatan (medical surveillance) pekerja terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, radiasi (sinaran), bunyi bising & ubat sitotoksik
  • Survelan kecederaan tusukan jarum dan objek tajam (needlestick and sharp injury)
  • Vaksinasi kepada pelajar FPSK dan staf HSAAS
  • Program saringan tibi dengan pelaksanaan ujian Mantoux untuk staf yang berisiko dI tempat kerja
  • Perkhidmatan Return to Work dan Fitness for Work
  • Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Laporan dan Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Penyakit Pekerjaan dan Keracunan Pekerjaan (NADOPOD)
  • Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko Dan Kawalan Risiko (HIRARC) dan audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan: bahaya fizikal/kimia/biologi/ergonomik dan cadangan kawalan.
  • Siasatan insiden/nyaris-cedera: punca asas dan tindakan pembetulan/ pencegahan.
  • Sokongan projek penyelidikan/pengajaran: kaedah persampelan, etika dan keselamatan kerja lapangan.
  • Kualiti udara ambien & dalaman (IAQ): partikulat/ventilasi/CO₂/kelembapan; cadangan mitigasi.

 

Unit Kesihatan Persekitaran

  • Keselamatan dan kualiti makanan; pemeriksaan makanan dan premis makanan, laporan dan cadangan tindakan.
  • Pemantauan pematuhan larangan merokok
  • Pemantauan kebersihan pusat pengumpulan sampah
  • Pemeriksaan taska di HSAAS
  • Pemantauan kualiti air dan sanitasi (air permukaan/air minum; parameter kimia dan fizikal).
  • Siasatan aduan alam sekitar (bunyi, bau, pencemaran setempat) dan pelan tindakan.

 

Unit Promosi Kesihatan & Sumber Pendidikan Klinikal & Kanser

  • Menganjurkan latihan dan pendidikan kesihatan awam kepada warga HSAAS
  • Menjalankan saringan kesihatan yang berkaitan kepada warga hospital dan komuniti
  • Latihan industri / penempatan praktikal kepada pelajar dalam dan luar negara
  • Menganjurkan program kolaborasi strategik bersama pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, NGO dan lain-lain
  • Perkhidmatan pendidikan dan pemerkasaan pesakit serta masyarakat dalam aspek kanser.
  • Menyelaras pelaksanaan notifikasi kes kanser di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.

Updated:: 18/03/2026 [amirahhani]

MEDIA SHARING

W, (09:48:06am-09:53:06am, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]