Ada Yang Ambil Ringan Arahan PKPB - Pakar Kesihatan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» ARTIKEL » Ada yang ambil ringan arahan PKPB - Pakar kesihatan

Ada yang ambil ringan arahan PKPB - Pakar kesihatan

**Artikel ini diterbitkan di dalam Bahasa Melayu dan tiada terjemahan di dalam Bahasa Inggeris**
**Artikel ini telah diterbitkan di astroawani.com pada 15 November 2020.**
 
PKPB bergantung sepenuhnya kepada tahap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan.
- Gambar fail/BERNAMA
 
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Lembah Klang sepatutnya boleh menurunkan kes jangkitan COVID-19.
 
Namun, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpendapat, situasi berbeza yang berlaku ketika ini berpunca daripada sikap masyarakat yang tidak mengambil serius arahan berkenaan.
 
"Ramai yang tidak sedar, PKPB bergantung sepenuhnya kepada tahap kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan.
 
"Kalau kita semua beri komitmen sepenuhnya, mungkin tempoh PKPB boleh dipendekkan. Tetapi yang kita nampak hari ini, ada yang ambil ringan PKPB, (seolah-olah) nak ikut boleh, tak nak ikut pun tak mengapa," kata Dr Malina semasa ditemu bual dalam program Buletin AWANI
 
Tambahnya, tahap kepatuhan orang ramai adalah cabaran paling besar yang perlu ditangani oleh petugas barisan hadapan kini.
 
"Apabila ada yang bergerak ke sana sini, perkara ini menyukarkan petugas hadapan menjalankan pengesanan.
 
"Cabaran utama kita hari ini ialah penerimaan dan respon masyarakat terhadap PKPB. Ini tanggungjawab kita bersama dalam masyarakat tetapi ada dalam kalangan kita yang hidup bermasyarakat tetapi tidak rasa tindakannya ada kesan kepada masyarakat," katanya lagi.
 
 

Tarikh Input: 30/11/2020 | Kemaskini: 02/12/2020 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdBAs~