MOTO DAN LOGO | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» QUALITY » Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) » MOTO DAN LOGO

MOTO DAN LOGO

 

 

 

 

RASIONAL LOGO EKSA UPM


Ilustrasi Anjung Putra merupakan lakaran mercu tanda Universiti Putra Malaysia. Ia menjadi lambang kebanggaan setiap warga UPM.


Garisan Tapak berbentuk melengkung merupakan simbolik kepada rupa bentuk tanah UPM dan berkait rapat dengan alam semulajadi.


Tipografi 'EKSA UPM’ jenis font Carbon dicondongkan ke kanan menunjukkan halatuju dinamik universiti yang sentiasa bergerak maju ke hadapan dalam melaksanakan sistem amalan EKSA.


‘Imej Daun Palma’ yang sinonim sebagai ikon UPM melambangkan persekitaran kerja kondusif yang menyokong kepada kelestarian hijau.


Pengertian Warna


MERAH UPM:
Melambangkan pembudayaan kualiti di kalangan kakitangan UPM selaras dengan statusnya sebagai salah satu Universiti Penyelidikan (RU) terkemuka di Malaysia.


KELABU UPM:
Menggambarkan peranan pihak pengurusan yang komited dalam penyediaan persekitaran kerja yang kondusif di setiap PTJ di UPM.


HIJAU:
Penggunaan dua tona hijau mewakili amalan kelestarian hijau dan persekitaran yang harmoni. Warna hijau dipilih mengesahkan pengiktirafan kepada UPM yang memartabatkan kampus kelestarian hijau.


Cap Dagangan Logo EKSA
Universiti Putra Malaysia telah mendaftarkan logo rasmi EKSA UPM sebagai Cap Dagangan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan No. Pensijilan TM2022021455. Eksplotasi atau penggunaan logo rasmi EKSA UPM ini tanpa kebenaran bertulis Universiti untuk tujuan komersial adalah dianggaptidak sah di sisi undang-undang dan adalah satu perbuatan melanggar hakcipta.

Updated:: 07/08/2024 [zietiatiyyah]

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
F, (01:49:15pm-01:54:15pm, 21 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]