SUNATHON 2024 KPT DENGAN KERJASAMA HSAAS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » SUNATHON 2024 KPT DENGAN KERJASAMA HSAAS

SUNATHON 2024 KPT DENGAN KERJASAMA HSAAS

 
Khamis, 22 Februari 2024 – Berlangsung Program Sunathon KPT 2024 anjuran Persatuan Suri dan Anggota Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi (PUSPANITA CKPT) dengan kerjasama Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) di Dewan Za’ba Kementerian Pendidikan Tinggi.
 
 
(Perasmian oleh Encik Mohamad Azhan bin Md. Amin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.)
 
 
 
Seramai 48 orang peserta dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan komuniti sekitar telah mengambil bahagian di dalam program ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Azhan bin Md. Amin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.
 
 
Menerusi program ini, HSAAS berbesar hati untuk bekerjasama dengan menyediakan 8 buah katil pemeriksaan bagi kegunaan berkhatan. Wakil daripada HSAAS yang hadir ke program ini adalah Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Zakaria, Timbalan Pengarah (Klinikal) dan Dr. Adibah Hamran, Pegawai Perubatan HSAAS.
 
HSAAS mengucapkan tahniah kepada penganjur atas kejayaan program ini dan semoga kerjasama seperti ini dapat dilaksanakan lagi dimasa akan datang.
 
 
 

Date of Input: 23/02/2024 | Updated: 23/02/2024 | zulaikhazaharudin

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcRAk~