![]() |
|
|
Serdang, 29 Oktober 2025 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sambutan Hari Strok Sedunia 2025 dengan mengangkat tema "Setiap Menit Berharga" bertempat di Dewan Auditorium HSAAS yang telah dirasmikan oleh YABhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Penganjuran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya strok, tanda-tanda awal serangan strok serta kepentingan rawatan segera bagi mengurangkan risiko kecacatan kekal. Program ini turut menjadi platform untuk memperkukuh kefahaman warga kerja dan komuniti terhadap langkah pencegahan serta pengurusan pesakit strok secara menyeluruh.
|
|
![]() |
![]() |
|
Dalam ucapan perasmian, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menegaskan bahawa kesedaran dan tindakan awal adalah faktor utama dalam menyelamatkan nyawa pesakit strok. Beliau menekankan kepentingan mengenali tanda-tanda awal strok seperti kelemahan pada sebelah anggota badan, kesukaran bertutur dan masalah penglihatan secara tiba-tiba. “Strok boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Apa yang penting ialah kesedaran untuk mendapatkan rawatan segera kerana setiap saat amat berharga dalam menyelamatkan nyawa dan mengurangkan komplikasi,” ujar beliau.
|
|
![]() |
![]() |
|
Pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan sepanjang program ini, termasuk sesi ceramah kesedaran strok, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran interaktif, dan kaunter pendidikan kesihatan. Penganjuran ini mendapat kerjasama strategik daripada rakan penaja seperti CardioScan, Danmedik, EP Plus, Novartis, LongMed, dan Wellesta, yang turut sama memainkan peranan penting dalam menjayakan program berkenaan.
Menurut pengarah program Dr. Anna Misya'il Binti Abdul Rashid Pakar Neurologi HSAAS UPM, sambutan ini mencerminkan komitmen HSAAS sebagai pusat rujukan utama bagi pengurusan dan penjagaan pesakit strok. Program ini juga seiring dengan usaha UPM dalam memperkukuh pendidikan kesihatan awam dan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Sambutan Hari Strok Sedunia 2025 telah mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Universiti Putra Malaysia , kakitangan kesihatan serta orang awam yang hadir bagi mendapatkan maklumat dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.
|
|
Date of Input: 30/10/2025 | Updated: 30/10/2025 | ahmadfaiq
