SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2023

SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2023

25 SEPTEMBER 2023 | ISNIN
SAMBUTAN HARI FARMASI SEDUNIA 2023
 
HSAAS UPM, 25 September - Jabatan Farmasi Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Farmasi Sedunia yang telah di adakan di Auditorium, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. B.T Hang Tuah Baharuddin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Putra Malaysia. Turut hadir bersama pada majlis ini adalah Prof. Dr. Hj. Hamidon Hj. Basri, Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah dan pengurusan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.
 
 
 
 
Hari Farmasi Sedunia diraikan pada 25 september setiap tahun dan tema pada tahun ini adalah Pharmacy Strengthening Health Systems. Tema ini telah dipilih oleh The International Pharmaceutical Federation (FIP), bertepatan dengan peranan ahli farmasi dalam menguatkan sistem kesihatan dalam negara kita.
 
 
Antara aktiviti menarik pada program hari ini ialah pameran Kenali Ubat Anda, saringan kesihatan secara percuma dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kerintangan antibiotik, penggunaan dan penyimpanan ubat dan mengenali ubat berdasarkan kategori pendaftaran ubat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
 

Date of Input: 26/09/2023 | Updated: 26/09/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdBAK~