Program Sukarelawan “Plogging@Pantai Remis” Di Pantai Remis, Kuala Selangor | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Sukarelawan “Plogging@Pantai Remis” di Pantai Remis, Kuala Selangor

Program Sukarelawan “Plogging@Pantai Remis” di Pantai Remis, Kuala Selangor

23 September 2023 (Sabtu)
Program Sukarelawan “Plogging@Pantai Remis” di Pantai Remis, Kuala Selangor.
 
Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah melalui Sukarelawan "Program Memperkasa Amal Melalui Sukarelawan Ihsan Hospital" (KASIH) dengan kerjasama Putra Bakti dan Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), UPM telah mengadakan Program Sukarelawan “Plogging@Pantai Remis” di Pantai Remis, Kuala Selangor.
 
 
Program ini telah disertai oleh seramai 31 orang sukarelawan daripada HSAAS yang terdiri daripada staf klinikal dan sokongan klinikal.
Melalui program ini, sebanyak 49 plastik sampah dengan jumlah berat sebanyak 32kg telah dibersihkan oleh Sukarelawan KASIH HSAAS. Semoga program ini menjadi titik tolak kepada memupuk semangat kesukarelawanan dan mencintai alam sekitar yang lebih jitu dalam kalangan warga kerja HSAAS khususnya dan UPM amnya.
CMSSU ingin mengucapkan terima kasih kepad para perserta yang turut serta dalam program sukarelawan ini. Semoga kita diberi peluang untuk terus bekerjasama dalam menjayakan program lain pada masa akan datang.
 
 

Date of Input: 29/09/2023 | Updated: 29/09/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdAAG~