Program Outreach- KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS): Program Pemerkasaan Kesihatan Mata. | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Outreach- KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS): Program Pemerkasaan Kesihatan Mata.

Program Outreach- KPT Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS): Program Pemerkasaan Kesihatan Mata.

03 Feb 2024 - Telah berlangsung Program Pemerkasaan Kesihatan Mata anjuran The Tribe yang diwakili oleh pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), diketuai oleh Cik Nisha Eruthayarajan dengan kerjasama Jabatan Oftalmologi dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (HSAAS), diketuai oleh Dr Rafidah Saleh, Ketua Jabatan Oftalmologi.

 

                                                

 

                                                

 

Beberapa Jabatan Optometri yang terdiri daripada agensi lain turut terlibat dalam menyumbangkan tenaga kepakaran bagi menjayakan program ini. Antaranya adalah Jabatan Optometri UKM, Jabatan Optometri UiTM, Jabatan Optometri UCSI Optometry Centre dan Jabatan Optometri Optimax. Matlamat utama penganjuran program ini adalah bagi meningkatan akses kepada penjagaan kesihatan mata dalam kalangan Masyarakat Orang Asli sekaligus meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan untuk komuniti ini. Turut bersama merasmikan program adalah Tok Batin Kampung Orang Asli Kuala Pangsun, Encik Andak bin Pendek serta wakil Kampung Orang Asli Sungai Congkak, Encik Jafar bin Sampit.

 

 

(Saringan mata oleh Pakar Optometri yang menyertai program)

                                                 

 

Barisan sukarelawan dari Jabatan Oftalmologi HSAAS telah menyumbang tenaga profesional berkaitan kesihatan mata dan preskripsi cermin mata yang ditaja oleh Top One Optical. Program ini diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti permainan sukaneka kanak-kanak, cabutan bertuah dan saringan kesihatan yang disertai oleh warga setempat.

 

                                               

 

Program pada hari tersebut telah berjaya merekodkan jumlah saringan mata ke atas seramai 113 orang penduduk di mana 30 orang daripadanya berjaya membuat cermin mata. Selain itu, beberapa orang penduduk juga telah menerima surat rujukan bagi meneruskan pemeriksaan susulan di pusat kesihatan yang terdekat. Program berakhir dengan penyampaian sijil dan gambar kenang-kenangan bersama penduduk setempat.

 

Date of Input: 14/02/2024 | Updated: 19/02/2024 | zulaikhazaharudin

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcEAF~