PROGRAM MENTAL HEALTH DAY SEMINAR FOR HEALTHCARE WORKERS 2023
SERDANG, 9 November – Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Faizal bin Mat Arifin telah hadir merasmikan Program Mental Health Day Seminar For Healthcare Workers 2023 yang diadakan di Auditorium Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.
Program ini merupakan kolaborasi daripada (4) empat buah hospital iaitu Hospital Kajang, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM, Hospital Sultan Idris Shah Serdang dan Hospital Cyberjaya. Seminar ini bertemakan “Heal the Healers” dimana kesihatan mental dan spiritual pekerja kesihatan juga perlu diberi perhatian bagi memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.
Seminar ini juga telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Hospital Kajang, Dr. Hj Muhd Siv Azhar Merican bin Abdullah, Pengarah Hospital Cyberjaya, Dr. Shahabuddin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal) HSAAS UPM, Prof. Dr. Syafinaz binti Amin Nordin mewakili Pengarah HSAAS UPM dan Timbalan Pengarah Perubatan II, Dr. Ferwahn Fairis bin Ab Karim mewakili Pengarah HSIS Serdang.
Program telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 300 orang peserta terdiri daripada pelbagai jawatan dan institusi. Penulis buku En. Salim Satori juga telah hadir untuk memperkenalkan buku beliau iaitu Depression is so Painful. Pengisian program merangkumi ceramah dan forum.
UNIT KESIHATAN AWAM
Hospital Sultan Abdul Aziz Shah
Universiti Putra Malaysia
Date of Input: 14/11/2023 | Updated: 14/11/2023 | khairun
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA