PROGRAM KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) DI PRIMA DAMANSARA | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PROGRAM KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) DI PRIMA DAMANSARA

PROGRAM KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) DI PRIMA DAMANSARA

 
 
 
 
14 Oktober 2023 – Jabatan Perubatan Keluarga, Hospital Sultan Abdul Aziz Shah telah menjalankan Program KPT Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS). Program yang diadakan di Surau Al- Qudwah, Prima Damansara Petaling Jaya telah dirasmikan oleh Y.B. Puan Pua Pei Ling, Adun Bukit Lanjan.
Seramai 39 orang terlibat dalam program termasuk 11 orang pelajar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Pemeriksaan Kesihatan dari HSAAS telah mendapat sambutan yang memberangsangkan iaitu seramai 124 orang.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan perkongsian ilmu menarik dari Dr. Hanifatyah Ali, Pakar Perubatan Keluarga bersama Encik Muhammad Nazirul Asri, Pegawai Dietetik. Ia telah memberi manfaat kepada peserta yang telah hadir untuk mengawal pemakanan mereka. Disamping itu, permainan dan demonstrasi pertanian bandar juga turut dilakukan bagi memeriahkan lagi acara.
 
 
 

Date of Input: 19/10/2023 | Updated: 19/10/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcOAL~