Program Klinik Pertanian Putra Anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Klinik Pertanian Putra anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM

Program Klinik Pertanian Putra anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM

 
 
KOTA TINGGI, 10 Sept – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM telah mendapat jemputan untuk memeriahkan lagi Program Klinik Pertanian Putra anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM daripada 9 September hingga 10 September 2023. Program yang diadakan di Pantai Jason Bay, Sedili, Kota Tinggi, Johor telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
 
 
   
 
 
 
 
Pemeriksaan Kesihatan dari HSAAS telah mendapat sambutan yang memberangsangkan iaitu seramai 202 orang peserta saringan selama dua hari. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan perkongsian ilmu menarik dari Encik Muhamad Ariff Bin Abd Rahman, pegawai Dietetik HSAAS. Ia telah memberi manfaat kepada peserta untuk mengawal pemakanan bagi mencegah penyakit 3 serangkai.
Majlis Penutupan Klinik Pertanian Putra Zon Selatan ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Muszaide Makmor dan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), UPM, Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin.
 
 
 
 

Date of Input: 12/09/2023 | Updated: 12/09/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcGAn~