PROGRAM KESIHATAN WANITA SEMPENA HARI BERSAMA WANITA DESA PUTRA 2022 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PROGRAM KESIHATAN WANITA SEMPENA HARI BERSAMA WANITA DESA PUTRA 2022

PROGRAM KESIHATAN WANITA SEMPENA HARI BERSAMA WANITA DESA PUTRA 2022

 
Desa Putra, 10 September – Program Hari Bersama Wanita Desa Putra 2022 anjuran Biro Wanita, Majlis Komuniti Kampung (MKPP) Desa Putra telah diadakan pada 10 September 2022 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Dewan Orang Ramai Desa Putra.

Hospital Pengajar UPM (HPUPM) telah dijemput hadir bagi menjalankan pameran dan aktiviti seperti berikut;

1. Pameran Informasi Kesihatan Wanita
2. Demonstrasi Pemeriksaan Payudara
3. Ceramah kesedaran kanser payudara
4. Saringan kesihatan iaitu pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan gula dalam darah dan indeks jisim badan (BMI)

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Dr. Loke Xi Mun, Pegawai Perubatan daripada Jabatan Surgeri, HPUPM yang telah berkongsi maklumat tentang kanser payudara.

Program bertemakan kesihatan wanita ini telah memberi manfaat kepada hampir 80 orang wanita yang hadir mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan. Daripada jumlah tersebut, 40 orang telah diberikan nasihat untuk mendapatkan rawatan lanjut di fasiliti kesihatan bagi masalah tekanan darah dan bacaan gula yang tinggi.

Selain itu, 10 orang kakitangan HPUPM turut terlibat dalam program ini terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai, Kakitangan Sokongan Klinikal dan Pelaksana.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah dan kakitangan atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang berlangsungnya program ini.
 
 
         
 
    
 
 
 

Date of Input: 14/09/2022 | Updated: 14/09/2022 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXESQAr~