Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2020 Peringkat Negeri Selangor - Damansara | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2020 Peringkat Negeri Selangor - Damansara

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) 2020 Peringkat Negeri Selangor - Damansara

 
DAMANSARA, 20 Ogos – Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah menyertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) pada 20 Ogos 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama HPUPM dengan kerjasama Persatuan Perihatin Komuniti Damansara Damai, Joint Management Body (JMB) Lestari, Rukun tetangga dan Surau Asy Syakirin di Apartment Lestari, Damansara Damai, Selangor Darul Ehsan.
 
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan antara aktiviti yang diadakan adalah Pemeriksaan Tekanan Darah, Pemeriksaaan Gula Dalam Darah,Indeks Jisim Badan, Konsultasi Kesihatan Bersama Pakar, Nasihat Pemakanan, Demonstrasi CPR,Promosi Pendidikan & Gaya Hidup Sihat, Pertandingan Mewarna dan Aktiviti Kemasyarakatan. Seramai 27 orang kakitangan Hospital terlibat dalam program ini yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Tadbir, Pengawai Pembangunan Masyarakat, Pegawai Dietatik, Kakitangan Sokongan Klinikal dan Pelaksana dengan menyasarkan 150 orang penduduk dari golongan B40.
 
Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) ini turut dihadiri oleh Encik Ahmad Muzaffar bin Ahmad Bakri, Ketua Penolong Pengarah, Wakil Kementerian Pengajian Tinggi, Encik Mohd Nazri bin Md Yasin Timbalan Pengarah (Pengurusan) HPUPM, Wakil Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan Pengerusi JMB Apartment Lestari, Damansara Damai. Semoga program seperti ini terus cemerlang demi rakyat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 27/09/2022 | Updated: 27/09/2022 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEaAAK~