Petugas Barisan Hadapan HPUPM Terima Sumbangan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Petugas barisan hadapan HPUPM terima sumbangan

Petugas barisan hadapan HPUPM terima sumbangan

SERDANG : Seramai tiga penyumbang telah tampil menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan minuman kepada warga Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) pada 23 Oktober.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada klinik-klinik di HPUPM terutama kepada mereka yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Datin Paduka Hajjah Fatimah Suhaimi @ Dullah Sukimi telah menyumbang sebanyak 80 pax makan tengahari di edaran ke Unit ICU, RESQ, Wad Perubatan 1 dan Unit keselamatan HPUPM. Manakala, Dr Afiza daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat telah menyumbang makan tengahari sebanyak 30 pax kepada petugas HPUPM. Selain itu, Dr Afriza juga mengambil kesempatan tersebut untuk menyumbang lampin pakai buang kepada Unit NICU bagi kegunaan bayi baru lahir.

Sumbangan ini bagi menghargai kegigihan dan komitmen tinggi petugas barisan hadapan bertugas sepanjang PKPB dikuatkuasakan.

Pengarah HPUPM, Prof Madya Dr Muhammad Mohd Isa berkata ia merupakan satu penghargaan buat petugas hospital yang terlibat. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua dermawan yang memberi sumbangan dan berharap bantuan ini dapat meringankan beban serba sedikit buat warga kerja HPUPM yang banyak berkorban kesan daripada wabak COVID-19.

 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEYFAR~