PENYERAHAN SUMBANGAN DANA WAKAF AMBULANS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » PENYERAHAN SUMBANGAN DANA WAKAF AMBULANS

PENYERAHAN SUMBANGAN DANA WAKAF AMBULANS

Serdang, 11 Ogos 2023 - Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM telah menerima kunjungan dari Dr. Mohd Khairi Abd Majid, Pengarah Urusan KMF Network yang hadir menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000.00 kepada Dana Wakaf Ambulans Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).

Turut hadir bersama beliau ialah isteri, Pn. Fazilah Ismail yang juga merupakan Pengarah Pemasaran KMF Network dan Cik Siti Nur Asyikin Shamshul Anuar, Eksekutif Pemasaran KMF Network. YBhg. Profesor Dr. Hamidon bin Basri, Pengarah HSAAS hadir mewakili Pengurusan HSAAS bagi menerima sumbangan tersebut.

 


Pihak Pengurusan dan seluruh warga HSAAS mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Besar nilainya bagi kami.

Pihak kami masih memerlukan sumbangan daripada pihak luar. Jumlah terkumpul adalah sebanyak RM208,000.00. Kami masih memerlukan RM292,000.00 daripada penyumbang. Setiap sumbangan wakaf akan diberikan pengecualian cukai oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

Sekiranya ada yang ingin menyumbang, hubungi kami di Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan HSAAS, 03-9769 9723/9720 atau mssu_hsaas@upm.edu.my

Ayuh bersama-sama memberi dan membantu merealisasikan pembelian ambulans baharu Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM.

 

Date of Input: 16/08/2023 | Updated: 16/08/2023 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcRAm~