Majlis UPM Prihatin | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Majlis UPM Prihatin

Majlis UPM Prihatin

Serdang, 14 September – Majlis ‘UPM Prihatin’

Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) telah mengadakan Majlis Penyerahan Alat Pengimbas suhu badan, kerusi roda dan pelancaran kek edisi khas Hari Malaysia bertempat di Mini Theater HPUPM.

Majlis penyerahan tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, yang menjalankan tugas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan disusuli ucapan oleh Pengarah WAZAN Dr. Haji Razali bin Othman.

Sebanyak sembilan unit alat pengimbas suhu dan dua belas unit kerusi roda telah disumbangkan kepada Pusat Tanggungjawab. Antara penerima pusat tanggungjawab tersebut ialah;

1. Kaunter Kutipan Wakaf dan Zakat,WAZAN
2. Hospital Pengajar, UPM
3. Pusat Kesihatan Universiti
4. MyAgeing
5. Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
6. Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
7. Canselori Putra
8. Masjid UPM

Majlis tersebut diakhiri dengan penyerahan kek edisi khas Hari Malaysia. Pihak WAZAN dengan usahasama L’Apperenti mengambil inisiatif untuk menyediakan jualan amal Kek Edisi Khas Hari Malaysia sebagai tawaran khas sempena Hari Malaysia 2020 dan hasil keuntungan jualan kek edisi khas ini akan disumbangkan kepada Tabung UPM Prihatin@Wazan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 15/09/2020 | Updated: 16/09/2020 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdTAL~