LAWATAN DARI UNIVERSITAS ISLAM NEGERI UIN SYARIF HIDAYATULLAH
JAKARTA

01 Ogos 2024 – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM menerima lawatan
daripada Universitas Islam Negeri UIN Syarif Hidayatullah Jakarta yang telah
disambut oleh Pengarah Hospital Sultan Abdul Aziz Shah Prof. Dr. Hamidon Bin
Basri. Turut serta menerima kunjungan ini ialah wakil pengurusan Universiti
En.Mohd Nazri Md Yasin, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor
Akademik dan Antarabangsa dan Prof Dr. Alyani Ismail, Pengarah iputra.
Delegasi daripada Universitas Islam Negeri UIN Syarif Hidayatullah Jakarta yang
diketuai oleh Rektor, Prof. Asep Saepudin Jahar, dan Naib Rektor Dr. Din Wahid,
Ketua Pusat Kerjasama Antarabangsa, Prof. Maila Dinia Husni Rahiem dan
Pengarah Rumah Sakit Syarif Hidayatullah, drg. Marissa Julinda.
Pihak HSAAS berbesar hati menerima kunjungan dan delegasi diberi penerangan
serta perkongsian mengenai pengoperasian Hospital Sultan Abdul Aziz shah,
delegasi lawatan juga dibawa melawat dan melihat sendiri operasi di sekitar klinik
dan wad pesakit HSAAS. Antara lokasi tersebut ialah Klinik Psikiatri, Wad Medikal
,Unit Kecemasan RESQ Dan Wad Obstetrik dan Ginekologi.
HSAAS mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada delegasi atas lawatan
tersebut dan mengaharapkan matlamat lawatan tercapai seterusnya memberi nilai
tambah selain kejasama di masa akan datang.
Date of Input: 06/08/2024 | Updated: 06/08/2024 | asmizan
