KEMPEN DERMA DARAH SIRI 2/2023 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » KEMPEN DERMA DARAH SIRI 2/2023

KEMPEN DERMA DARAH SIRI 2/2023

 
 
SERDANG, 27 Nov – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah telah hadir memeriahkan Program Kempen Derma Darah yang diadakan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin bin Abdu.
 
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah dan Prof. Dr. Arifin bin Abdu
 
 
Puan Fairuz binti Muchtar
 
Program ini merupakan anjuran Unit Kesihatan Awam bersama Unit Kejururawatan HSAAS dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) Malaysia. Program ini telah diadakan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 170 orang peserta dan 113 berjaya menjadi penderma darah. Penderma darah terdiri daripada staf hospital dan UPM, mahasiswa serta orang awam.
 
Kempen derma darah di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah merupakan program tahunan dalam aspirasi memastikan bekalan darah di Pusat Darah Negara cukup bagi menampung keperluan semasa. Satu (1) beg darah mampu menyelamatkan tiga (3) nyawa.
 
 
Peserta dan Sijil Penghargaan
 
Peserta penderma darah

 

Date of Input: 29/11/2023 | Updated: 29/11/2023 | khairun

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEcOAi~