HSAAS Selected As Closing Venue For YADIM’s Kembara Ramadan MADANI 2026 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA hsaas
» NEWS » HSAAS Selected as Closing Venue for YADIM’s Kembara Ramadan MADANI 2026

HSAAS Selected as Closing Venue for YADIM’s Kembara Ramadan MADANI 2026

SERDANG, 7 Mac – Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dipilih sebagai lokasi kemuncak bagi melabuhkan tirai program Kembara Ramadan MADANI YADIM 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah hari ini.

Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama strategik HSAAS ini bertujuan menyantuni warga hospital serta memperkukuh semangat keprihatinan sosial menerusi pengisian rohani dan aktiviti kebajikan.

Seawal pagi, kawasan hospital dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk. Program ini dijayakan melalui kolaborasi erat antara Staf HSAAS bersama Sukarelawan YADIM zon Sepang dan Putrajaya. Pek bubur lambuk telah diagihkan kepada para pesakit, waris, dan kakitangan hospital sebagai simbolik perkongsian rezeki di bulan yang mulia.

Selain aktiviti rewang, pengisian ilmu turut diberikan tumpuan melalui sesi Bicara Ramadan MADANI bertajuk “Ihsan Sesama Manusia Daripada Tarbiah Ramadan”. Perkongsian tersebut menekankan kepentingan nilai ihsan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan dan kehidupan seharian.

Bagi meringankan beban golongan yang memerlukan, majlis turut menyaksikan, sebanyak 50 Kotak MADANI telah diserahkan kepada warga universiti dan hospital yang layak. Dalam majlis sama, Musolla Ibnu Sina, HSAAS turut menerima sumbangan cek cura bernilai RM5,000 daripada Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan MAIWP.

Kemuncak program diakhiri dengan majlis tahlil dan berbuka puasa yang menghimpunkan pihak pengurusan, sukarelawan, dan rakan strategik.

Pihak pengurusan HSAAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YADIM, Yayasan Taqwa, dan semua sukarelawan yang terlibat. Kerjasama ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif program, malah membuktikan bahawa institusi hospital juga merupakan medan dakwah dan khidmat bakti yang inklusif.

Date of Input: 12/03/2026 | Updated: 12/03/2026 | khairulhafiz

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
X, (02:20:33pm-02:25:33pm, 11 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]