HPUPM telah menerima sumbangan naskah al-Quran dan sejadah daripada Wanita PERKIM Cawangan An-Nidaa’ Putrajaya pada hari ini.
Sumbangan telah disampaikan dalam acara penyerahan kepada wakil HPUPM Dr Zulida Rejali secara ringkas yang dibuat di HPUPM.
Sumbangan ini adalah untuk membantu HPUPM melengkapkan kemudahan beribadah para kakitangan dan pengunjung di surau-surau HPUPM.
Pihak HPUPM mengucapkan setinggi penghargaan di atas sumbangan yang diterima.
Date of Input: 20/06/2020 | Updated: 20/06/2020 | hirfarizan