Bengkel Robotik Dan Laparoskopik | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » Bengkel Robotik dan Laparoskopik

Bengkel Robotik dan Laparoskopik

23 Nov - Jabatan Urologi Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) menganjurkan bengkel Robotik dan Laparoskopik dalam pembedahan bermula 22 hingga 23 November yang telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPM, YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman di Auditorium HPUPM, hari ini.
 
YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan berkata bengkel ini memberi pendedahan kepada anggota perubatan tentang pembedahan robotik dan laparoskopi yang akan meningkatkan pengetahuan kemahiran teori dan praktikal menggunakan laparoskopi dan robotik.
“Selari dengan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (IR 4.0), HPUPM turut menyediakan perkhidmatan pembedahan robotik dan berbangga dapat bersama-sama menjayakan hasrat negara.
 
“Sistem pembedahan ini membolehkan pakar bedah melakukan prosedur yang lebih baik untuk memberikan rawatan kepada pesakit,” katanya.
 
Beliau berharap agar peserta yang menyertai bengkel ini dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masing-masing bagi mengembangkan lagi kemajuan dalam bidang kesihatan negara. -UPM
 
 
 
 
 
 
 

Date of Input: 25/11/2022 | Updated: 25/11/2022 | amirahhani

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDdNAy~