BENGKEL PENUBUHAN PUSAT KLINIKAL HPUPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» NEWS » BENGKEL PENUBUHAN PUSAT KLINIKAL HPUPM

BENGKEL PENUBUHAN PUSAT KLINIKAL HPUPM

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah
mengadakan Bengkel Penubuhan Pusat Klinikal HPUPM pada 3 hingga 5 Februari 2023 yang bertempat di Dewan Tun Sri Lanang, Hotel Royale Chulan.


 
Matlamat bengkel ini adalah bagi merancang strategi serta meneliti halatuju yang efektif bagi empat
(4) bidang kecemerlangan nic iaitu Strok, Prostat, Geriatrik dan Zoonotik sejajar dengan Pelan
Strategik HPUPM 2021-2025. Pemerkasaan bidang nic ini telah disasasarkan di dalam Matlamat 5
HPUPM iaitu Mewujudkan dan Memperkasakan Pusat Kecemerlangan.
 


Turut hadir, Pengarah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), YBhg. Prof. Dr.
Hamidon Bin Haji Basri, Timbalan Pengarah Klinikal HPUPM, Prof. Madya Dr. Nor Fadhlina Binti
Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Klinikal HPUPM, Prof. Dr. Syafinaz Binti Amin Nordin dan
Timbalan Pengarah Pengurusan HPUPM, Encik Mohd Nazri Bin Md Yasin serta Dekan Fakulti
Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK), YBhg. Prof. Dr. Zamberi Bin Sekawi.


Bengkel ini dihadiri oleh ketua jabatan, pakar dan pegawai perubatan serta pegawai
sokongan.Keberhasilan bengkel ini akan meletakkan HPUPM di landasan yang kukuh dalam
meningkatkan sumbangan serta manfaat kepada masyarakat menerusi bidang kepakaran yang
dimiliki. Institut ini juga dihasratkan dapat menterjemahkan aspirasi nasional secara efektif.

 

 

Date of Input: 14/02/2023 | Updated: 14/02/2023 | famezan

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXDcRAs~