Tabung Wakaf HSAAS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» CORPORATE » COUNSELLING AND MEDICAL SOCIAL SERVICE UNIT » Tabung Wakaf HSAAS

Tabung Wakaf HSAAS

   
 
   
 

Tabung Wakaf HSAAS ditubuhkan bagi mendukung hasrat murni bersifat lestari iaitu menjadikan HSAAS sebagai salah sebuah hospital wakaf yang dapat menawarkan perkhidmatan perubatan yang terbaik kepada pesakit yang memerlukan. Di samping itu, tabung wakaf ini turut dihasratkan bagi menampung kos pengoperasian HSAAS untuk jangka masa panjang. Sehubungan itu, bagi merealisasikan matlamat yang dihasratkan, HSAAS bersama-sama Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN) UPM telah merangka gerak kerja pelaksanaan tabung ini telah secara berkala bagi meningkatkan dana wakaf yang terkumpul.

Antara inisiatif yang diusahakan termasuklah menggalakkan sumbangan dana wakaf melalui sistem Payment Gateway, menempatkan tabung fizikal dalam premis HSAAS iaitu di Lobi Utama dan Foyer Pintu Masuk berdekatan Klinik Pakar Perubatan Keluarga (FMC) serta menggalakkan sumbangan melalui skim potongan gaji staf melalui promosi yang digiatkan oleh pihak HSAAS. Di samping itu, galakan sumbangan turut dipanjangkan secara khusus melalui emel kepada staf UPM dan Alumni UPM serta pemberian “merchandise” khas HSAAS kepada penyumbang melalui skim potongan gaji bagi meningkatkan kutipan dana demi mencapai hasrat penubuhan Tabung Wakaf HSAAS ini secara menyeluruh. 

Setiap sumbangan yang disalurkan adalah layak mendapat pengecualian cukai daripada melalui resit rasmi oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) di bawah kelolaan WAZAN UPM yang telah dilantik selaku Penolong Amil oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan menjalankan fungsi Mutawalli (Pengurus/Pentadbir) kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS).

   
 
  1. Sumbangan melalui Payment Gateway 

    click HERE to donate
                              

  2. Sumbangan melalui Potongan Gaji Staf UPM

 

  • MANUAL : BORANG POTONGAN GAJI 
                                                       
    (Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat CMSSU / terus ke kaunter WAZAN UPM)
   
   
   
 

Dari Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

REBUTLAH PAHALA YANG MENGALIR. AYUH MENYUMBANG KE TABUNG WAKAF HSAAS. SUMBANGAN ANDA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN.

   
   

Updated:: 15/11/2023 [khairun]

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdPAc~