GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) - INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIPS FUND (ISPF): USE OF THE ISIS NEUTRON & MUON SOURCE, UK 2024 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) - INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIPS FUND (ISPF): USE OF THE ISIS NEUTRON & MUON SOURCE, UK 2024

GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) - INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIPS FUND (ISPF): USE OF THE ISIS NEUTRON & MUON SOURCE, UK 2024

Assalamualaikum wbt. & Selamat sejahtera.

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) - INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIPS FUND (ISPF): USE OF THE ISIS NEUTRON & MUON SOURCE, UK 2024


Dengan hormatnya, saya diarahkan untuk merujuk perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Science and Technology Facilities Council (STFC), United Kingdom telah bersetuju untuk melaksanakan kerjasama penyelidikan di bawah program International Science Partnerships Fund (ISPF) dan Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAiR). Kerjasama penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS) di United Kingdom. ISIS merupakan salah satu pusat dan kemudahan penyelidikan yang bertempat di STFC Rutherford Appleton Laboratory berhampiran Oxford. ISIS berkeupayaan menghasilkan sinar neutron dan muons yang membolehkan para sains mengkaji bahan-bahan di peringkat atom menggunakan pelbagai instrumen. ISIS telah melaksanakan penyelidikan melibatkan lebih daripada 2,000 sains yang menggunakan neutron dan muons untuk penyelidikan dalam fizik, kimia, sains bahan, geologi, kejuruteraan, dan biologi.

3.     Susulan itu, JPT dan STFC membuka permohonan penggunaan ISIS bagi pelaksanaan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Penyelidik yang ingin memohon geran ini perlu mengisi templet Science Case (2 muka surat) dan Cover Sheet seperti di lampiran. Templet Science Case yang telah lengkap perlu dikemukakan bersama-sama cover sheet yang disertakan. Untuk makluman, Science Case ini akan dinilai oleh STFC dan ISIS. Permohonan yang disenarai pendek akan dipohon untuk mengemukakan permohonan penuh melalui sistem permohonan STFC (https://users.facilities.rl.ac.uk/auth/Login.aspx?service=) dan kepada e-mel urus setia MyPAiR.

 
4.     Penyelidik yang terlibat akan dimaklumkan untuk pengisian permohonan selepas saringan dan penilaian awal dilaksanakan oleh STFC. Maklumat am bagi permohonan ini adalah seperti di lampiran. Pihak STFC akan membiayai sebahagian kos penyelidikan. Peruntukan yang boleh dimohon bagi pembiayaan KPT adalah seperti yang tertera dalam Garis Panduan Permohonan. Setiap permohonan perlu dihantar sebagai satu (1) fail pdf sebelum atau pada 22 Februari 2024 (Khamis) pukul 5.00 petang melalui google form https://forms.gle/RraqGeAtKyAtujyC8

7.     Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk /Dato’ /Prof. /Dr. /Tuan /Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

 

Updated:: 19/01/2024 [zalikha.zul]

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXFINAB~