GERAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH (RBS) MEDICAL RESEARCH GRANT 2024 | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» GERAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH (RBS) MEDICAL RESEARCH GRANT 2024

GERAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH (RBS) MEDICAL RESEARCH GRANT 2024

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.


YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr.,
 
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN GERAN DR RANJEET BHAGWAN SINGH (RBS) MEDICAL RESEARCH GRANT 2024
 
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.     Untuk makluman, pihak Kementerian telah menerima surat daripada Akademi Sains Malaysia (ASM) berhubung pembukaan Geran Dr. Ranjeet Bhagwan Singh (RBS) Medical Research Grant 2024. Pelawaan ini terbuka kepada saintis-saintis muda dalam bidang perubatan (medical) dan bioperubatan (biomedicaldi IPT dan maklumat permohonan boleh didapati di pautan https://www.akademisains.gov.my/2024-rbs/. Tempoh pembukaan permohonan geran adalah bermula pada 1 Januari 2024 sehingga 29 Februari 2024  
 
3.     Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat daripada ASM berhubung pemakluman pembukaan geran ini dan syarat-syarat permohonan untuk diedarkan kepada saintis-saintis muda di institusi masing-masing. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr. boleh berhubung dengan pegawai ASM iaitu Ms Pooveneswary Nagaiah di talian 03-6203 0633 ext 126 (e-mel : pooveneswary@akademisains.gov.my) dan Ms Khairunnisa Kadaruddin di talian 03-6203 0633 ext 130 (e-mel : khairunnisa@akademisains.gov.my).
 
4.     Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Dr. berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Updated:: 17/01/2024 [zalikha.zul]

MEDIA SHARING

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXFJHAh~