Sukarelawan Perlu Praktikkan Dengan Konsep 1 Keluarga 1 Sukarelawan | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS)
» BERITA » Sukarelawan Perlu Praktikkan Dengan Konsep 1 Keluarga 1 Sukarelawan

Sukarelawan Perlu Praktikkan Dengan Konsep 1 Keluarga 1 Sukarelawan

BERITA RTM - Ahad 24 Mac 2019

Ditulis oleh Media Baharu

Published in Berita Semasa

SERDANG - Golongan muda dan pesara yang berkemampuan digalak untuk menjadi sukarelawan hospital atau mana-mana pertubuhan yang boleh membantu golongan sasar. 
   
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, konsep 1 keluarga 1 sukarelawan perlu dipraktikkan agar impak dan kesannya dapat dirasai dengan lebih menyeluruh. 
 
Jelasnya, ianya merupakan satu pendekatan yang berkesan yang dilaksanakan di negara Barat dalam membantu perjalanan hospital bahkan turut memberi impak yang positif kepada pesakit dan masyarakat mereka. 

Dengan mengadaptasikan idea tersebut dalam kalangan masyarakat di negara ini, ianya dapat membawa pembaharuan dalam pemikiran ke arah masyarakat penyayang dan prihatin. 

Tambahnya, pihak warga kerja hospital juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sukarelawan terlibat. 

Kerjasama tersebut diharap dapat menyuntik semangat kepada sukarelawan dalam menyumbangkan khidmat bakti mereka dengan lebih baik mengikut garis panduan yang ditetapkan. 

Beliau ditemui selepas merasmikan Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan 2019 di Universiti Putra Malaysia, Serdang. 

Seramai 400 peserta menyertai program tersebut yang memberi penerangan tentang cara yang terbaik menjalankan khidmat sukarela serta teknik mendekati para pesakit.

 

Sumber : BERITA RTM

Tarikh Input: 08/05/2019 | Kemaskini: 15/02/2023 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
03 9769 5500
-
WWFdHA3:07:11