KURSUS PRE-CONFERENCE LIVE COLORECTAL SURGERI ANJURAN JABATAN SURGERI HSAAS | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » KURSUS PRE-CONFERENCE LIVE COLORECTAL SURGERI ANJURAN JABATAN SURGERI HSAAS

KURSUS PRE-CONFERENCE LIVE COLORECTAL SURGERI ANJURAN JABATAN SURGERI HSAAS


HSAAS, 29 Februari 2024 - Jabatan Surgeri dengan kerjasama Malaysian Society of Colorectal Surgeons (MSCRS) dengan jayanya telah menganjurkan program Pre-Conference Live Surgery Workshop in Conjunction with Coloproctology 2024 pada 29 Februari lalu yang bertempat di Auditorium Utama dan Dewan Bedah Digital Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.

Acara telah dirasmikan oleh Dr Hizami Amin Tai, Ketua Jabatan Surgeri HSAAS dan diteruskan dengan syarahan oleh Professor Kim Seon Hahn, seorang pakar bedah kolorektal terulung dari Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Tujuan kursus ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada para peserta seramai 55 orang yang terdiri daripada pakar bedah terlatih, pegawai perubatan dari pelbagai hospital dan fasiliti kesihatan tentang kaedah pembedahan kolorektal yang betul dan selamat. Pembedahan kolorektal yang dipancarkan secara langsung dari dewan bedah itu diketuai oleh Professor Kim.

 

Para peserta dapat berinteraksi secara langsung dengan Professor Kim serta mengajukan soalan-soalan berkenaan pembedahan tersebut. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran moderator-moderator seperti Datuk Dr Ismail Sagap, Pakar Bedah Kolorektal HCTM, Dr Raja Badrul, Pakar Bedah Kolorektal Hospital Pakar Damansara 2 dan Dr Nik Qisti, Pakar Bedah Kolorektal HSAAS. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada semua pakar bedah terlatih serta pegawai perubatan yang hadir untuk melakukan pembedahan kolorektal yang selamat terhadap
pesakit-pesakit kelak.

Tarikh Input: 07/03/2024 | Kemaskini: 07/03/2024 | zulaikhazaharudin

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbVA5~