DELIGASI PELAJAR DARI HOKKAIDO UNIVERSITY, JAPAN KE HSAAS MENERUSI PROGRAM DIETETICS INITIATIVE FOR ENRICHMENT, SUSTAINABILITY, AND DIVERSITY WITH HOKKAIDO UNIVERSITY (DIGESTXHOKKAIDOU) | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » DELIGASI PELAJAR DARI HOKKAIDO UNIVERSITY, JAPAN KE HSAAS MENERUSI PROGRAM DIETETICS INITIATIVE FOR ENRICHMENT, SUSTAINABILITY, AND DIVERSITY WITH HOKKAIDO UNIVERSITY (DIGESTXHOKKAIDOU)

DELIGASI PELAJAR DARI HOKKAIDO UNIVERSITY, JAPAN KE HSAAS MENERUSI PROGRAM DIETETICS INITIATIVE FOR ENRICHMENT, SUSTAINABILITY, AND DIVERSITY WITH HOKKAIDO UNIVERSITY (DIGESTXHOKKAIDOU)

4 Mac 2024 - Jabatan Dietetik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) berbesar hati menerima kunjungan tetamu istimewa yang terdiri daripada 2 pensyarah (YBhg. Professor Shuhei Inoue dan Cik Chizuru Kawabata) serta 32 pelajar tahun 1 dan 2 program sarjana muda dari Hokkaido University, Japan. Kunjungan ini adalah di bawah program Dietetics Initiative for Enrichment, Sustainability, and Diversity with Hokkaido University _(DIGESTxHokkaidoU). Para pelajar ini berasal dari latar belakang akademik yang pelbagai, termasuk perubatan, sains kesihatan, sains kemanusian, seni liberal dan banyak lagi.

 

 

Objektif utama program ini adalah untuk menyediakan wadah pertukaran ilmu di samping memupuk penghargaan budaya dan rangkaian antarabangsa. Melalui beberapa siri perbincangan, pembentangan dan aktiviti kolaboratif, program ini berusaha untuk mengukuhkan hubungan antara UPM dan Hokkaido Universiti, sekali gus membuka jalan untuk usaha penyelidikan kolaboratif masa depan dan perkongsian akademik.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah jalankan antaranya pembentangan pelajar, syarahan, lawatan ke Muzium Warisan Melayu, merasai pengalaman makan tengahari adat makan bersila Melayu, lawatan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, UPM, penyediaan minuman suplemen pemakanan oral (minuman berkhasiat), dan persembahan kebudayaan yang menawan hati oleh para pelajar kedua-dua negara. Seramai 17 pelajar FPKS telah menjadi sukerelawan bagi program ini.

 

Interaksi ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman akademik para peserta tetapi juga berfungsi sebagai medan untuk menyelami budaya dan pembelajaran bersama. Jabatan Dietetik dan FPSK, UPM merakamkan terima kasih kepada para peserta dari Hokkaido University atas penyertaan mereka dan mengharapkan kerjasama selanjutnya dan peluang pertukaran pada masa hadapan.

 


Disediakan oleh:

Dr. Syafiqah Rahamat
Pengarah Program
DIGESTxHokkaidoU
Jabatan Dietetik
Fakulti Perubatan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 07/03/2024 | Kemaskini: 07/03/2024 | zulaikhazaharudin

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEbUAQ~