Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2022 Peringkat HPUPM | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2022 Peringkat HPUPM

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2022 Peringkat HPUPM

 
03 Ogos 2022 - Sekitar program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2022 Peringkat HPUPM yang telah di rasmikan sendiri oleh YBhg. Prof. Dr. Hamidon Bin Basri, Pengarah Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) diiringi oleh barisan pihak pengurusan tertinggi iaitu , YBhg. Prof. Dr. Normala Binti Ibrahim, Timbalan Pengarah (Klinikal), YBhg. Prof Dr Syafinaz Amin Nordin, Timbalan Pengarah (Sokongan Klinikal), Ybhg. En. Mohd Nazri Bin Md Yasin, Timbalan Pengarah (Pengurusan), serta Ketua-Ketua Jabatan dari klinik dan unit Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).

Objektif program ini adalah untuk memberikan informasi kepada para peserta tentang penyusuan susu ibu serta mensasar matlamat HPUPM ke arah hospital rakan bayi (BFHI) disamping meningkatkan sokongan orang ramai terhadap penyusuan susu ibu.

Dengan tema Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2022 iaitu “Step Up For BreastFeeding: Educate and Support” memberi penekanan bagi memperkukuhkan penyusuan susu ibu melalui pengajaran dan sokongan samada dari healthcare workers, keluarga atau awam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Tarikh Input: 12/09/2022 | Kemaskini: 12/09/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
WXFUGAN~