Program Outreach - KPT Prihatin Madani Melalui Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Program Outreach - KPT Prihatin Madani melalui Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah

Program Outreach - KPT Prihatin Madani melalui Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah

 

Penyampaian Surat Kerjasama

 

Program Outreach - KPT Prihatin Madani melalui Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2023 Peringkat Hospital Sultan Abdul Aziz Shah telah dijalankan di Sekolah Buku Jalanan Chow Kit, Kuala Lumpur pada 26 November 2023.


Bersempena tema tahun ini, “Memperkasakan Kanak-Kanak: Membina Masa Hadapan Yang Lebih Baik”, Jabatan Pediatrik dengan kerjasama Unit Kaunseling Dan Kerja Sosial Perubatan, HSAAS tidak melepaskan peluang, mengambil inisiatif meraikan dan membela hak-hak serta kesejahteraan kanak-kanak sambil menekankan kepentingan melindungi, mendidik, dan memberi peluang yang saksama kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Aktiviti mewarna dan Rawatan kutu

Aktiviti senampagi dan saringan kesihatan


Turut turun padang merupakan Pegawai Perubatan HSAAS, kakitangan klinikal serta sokongan klinikal bagi berkongsi ilmu membantu masyarakat. Antara aktiviti menarik yang telah dijalankan adalah seperti senam pagi bersama anak anak murid SBJCK, perkongsian ilmu pertolongan kecemasan dan saringan kesihatan kanak kanak.


Seramai 97 orang penerima manfaat terdiri daripada 68 kanak-kanak dan 29 penjaga bagi sepanjang program ini dijalankan, melibatkan 45 orang kakitangan HSAAS yang terdiri daripada kumpulan klinikal, sokongan klinikal dan pentadbiran. Susulan daripada pemeriksaan kesihatan, beberapa penerima manfaat telah menerima surat rujukan untuk ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan bagi pemeriksaan lanjut.


Program berbentuk khidmat Masyarakat seperti ini merupakan program yang sangat baik dalam usaha memperkenalkan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) kepada masyarakat sebagai sebuah
hospital yang masih baru dan secara tidak lansung dapat mewujudkan hubungan kerja dan jalinan kerjasama  kedua-dua pihak Hospital dan Sekolah.


Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kanak-kanak, hadiah cabutan bertuah, pemenang kuiz dan permainan, sumbangan hamper dan sesi bergambar tanda kenang-kenangan.

Kek perasmian program

 

Lukisan Kegembiraan kanak - kanak

Sesi Fotografi

Tarikh Input: 12/12/2023 | Kemaskini: 12/12/2023 | khairun

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEdDAq~