![]() |
Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Way Research Academy membuat pertukaran memorandum persefahaman (MoU) bagi mengadakan kerjasama dalam perkhidmatan penyelidikan terutamanya melibatkan terapi sel klinikal, imunoterapi dan teknologi makanan.
Pertukaran MoU tersebut dilakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari bersama Pengarah Way Research Academy, Dr. Cheng Qing Shan di Dewan Banquet, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM).
Perjanjian persefahaman itu turut membuka peluang kerjasama dalam penyelidikan serta pembelajaran bagi mempertingkatkan kemahiran, pengetahuan pelajar dan staf khususnya dalam bidang perubatan yang menyokong peranan HPUPM sebagai hospital pengajar.
Turut hadir, Pengarah HPUPM, Prof. Dr. Hamidon Basri.
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 09/08/2022 | Kemaskini: 09/08/2022 | amirahhani
Persiaran Mardi - UPM
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA