Perbincangan MoU Antara Universiti Putra Malaysia (HPUPM) Dan Yayasan Maghfirah | HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
» BERITA » Perbincangan MoU antara Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dan Yayasan Maghfirah

Perbincangan MoU antara Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dan Yayasan Maghfirah

 
Perbincangan MoU antara Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dan Yayasan Maghfirah telah diadakan pada 29 Mac 2022 (Selasa), jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat Utama, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.

Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018) adalah sebuah Yayasan yang berdaftar secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang – Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri pada Januari 2018. Terdapat empat teras yang mendasari segala aktiviti tahunan iaitu Pendidikan, Perubatan, Kebajikan dan Dakwah Islam.

Merujuk kepada perbincangan di antara HPUPM dan Yayasan Maghfirah kedua – kedua pihak telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama seperti berikut:

i) Memberi penajaan dalam bentuk kewangan (in-cash) dan peralatan (in-kind) melalui permohonan yang diserahkan oleh CMSSU.

ii) Membantu dan bekerjasama dalam pelaksanaan program atau aktiviti yang dijalankan oleh pihak HPUPM;

iii) Kerjasama dalam bidang lain yang telah dipersetujui bersama.

Turut hadir, YBhg. Prof. Madya Dr. Haji Muhammad bin Mohd Isa, Pengarah Hospital Pengajar UPM, En. Muhammad Shuib bin Nordin, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Maghfirah serta pegawai dari HPUPM dan Yayasan Maghfirah.
 
 
 
 

Tarikh Input: 12/04/2022 | Kemaskini: 12/04/2022 | amirahhani

PERKONGSIAN MEDIA

HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 5500
-
SXEaIAX~